Oleh pada 13 Dec 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  
Penyanyi Adibah Noor mengungguli pentas konsert minggu keempat Gegar Vaganza 8 (GV8) selepas tampil cemerlang membawakan lagu Jika yang dipopularkan gandingan Melly Goeslaw dan Ari Lasso.
  
Episod itu bagaimanapun menjadi yang terakhir buat penyanyi Fazley Yaakob yang terpaksa berpuas hati dengan perolehan markah 50% apabila kurang menyerlah dengan persembahan lagu Mahligai Syahdu nyanyian asal oleh Datuk Hattan.
  
Minggu bertemakan 'Berdiri Bulu Romaku' itu menuntut para peserta untuk membawakan lagu-lagu tugasan yang mampu menaikkan bulu roma penonton dengan berkonsepkan seram.
  
Pertandingan mingguan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu antara lain turut mengetengahkan 10 lagi penyanyi profesional berpengalaman iaitu Nikki Palikat, Aliff Aziz (Singapura), Suki Low, Aweera, Bandi Amuk, Ani Mayuni, Shidee, Saiful Apek & Yassin Senario, Upiak Isil (Indonesia) dan Azan Scan.
  
Keputusan ditentukan sepenuhnya oleh juri tetap yang dilantik terdiri daripada maestro muzik Datuk Ramli MS, penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang dan guru vokal Datuk Syafinaz Selamat, selain Datuk Seri Shah Rezza yang bertindak sebagai juri jemputan.
  
Berikut markah penuh yang diberikan kepada para peserta berdasarkan prestasi yang ditampilkan pada minggu ini.
  

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 8 (2021) Minggu Keempat

1. Adibah Noor (Jika) - 78.10%
2. Nikki Palikat (Zombie) - 76.60%
3. Suki Low (Jampi) - 75.00%
4. Aweera (Bila Cinta) - 72.00%
5. Shidee (Hati Yang Terluka) - 69.10%
6. Aliff Aziz (Jika Kau Rasa Getarnya) - 68.40%
7. Azan Scan (Dir) - 68.10%
8. Saiful Apek dan Yassin / Sa.Ya (Getaran Jiwa) - 64.80%
9. Ani Maiyuni (Lebih Indah) - 57.80%
10. Bandi Amuk (Satu Kesan Abadi) - 55.50%
11. Upiak Isil (Cinta Sejati) - 50.50%
12. Datuk Fazley Yaakob (Mahligai Syahdu) - 50.0%
  
  
Anugerah Digi Next Level menjadi milik penyanyi Shidee yang meraih undian tertinggi di laman web rasmi GV8. Gelaran Bintang Cuckoo Healty Home pula disandang kumpulan Sa.Ya atas penerimaan undian terbanyak di Facebook Astro Gempak.
  
Anugerah Bintang Paling Power Meow dikurniakan kepada penyanyi Adibah Noor rentetan markah tertinggi diperolehnya daripada pihak juri.
  
Konsert GV8 ditayangkan secara langsung pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
  
Rancangan yang menampilkan pasangan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara itu juga berada di platform online, aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
  
Maklumat berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 8 (2021)
  
  



Hakcipta iluminasi.com (2017)