Oleh pada 03 Jul 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Kenyataan yang mengecewakan buat penyanyi Firdaus Rahmat dan Dem Lepak Boyz setelah terpaksa menerima keputusan yang menutup perjalanan pentas mereka di minggu kesembilan Big Stage Musim 2023.

Malam tadi, Firdaus dan kumpulan duo itu mengucapkan selamat tinggal selepas masing-masing hanya mendapat 83% dan 58% markah daripada juri. Selain itu, dalam undian penonton, mereka berada di tempat paling bawah di antara tiga peserta dengan markah terendah.

Persembahan lagu C.H.R.I.S.Y.E yang dibawakan oleh Dem Lepak Boyz, lagu popular yang dinyanyikan oleh Diskoria, Laleilmanino dan Eva Celia, tidak berjaya memenangi hati juri tetap, Ajai dan Aina Abdul, serta juri jemputan, Datuk AC Mizal.

Manakala Firdaus mempersembahkan 'Stay' rakaman asal oleh The Kid Laroi dan Justin Bieber.

Dalam minggu duet ini, Firdaus bergandingan bersama penyanyi Ismail Izzani, manakala Dem Lepak Boyz dibantu oleh Ayie Elham (Floor 88).

Dalam pada itu, Nadeera Zaini mencapai tangga pertama dengan lagu 'Aku Cinta' yang dipersembahkan daripada rakaman asal Syamel dan Ernie Zakri, meraih markah 98.67%.

Beliau berkongsi pentas dengan rakan duet, Khai Bahar.

Dalam senarai berikut adalah keputusan markah semua peserta pada konsert malam tadi.

         

big stage 2023 50069

        

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Separuh Akhir Big Stage 2023 (Musim 5) Minggu Kesembilan

1. Nadeera Zaini & Khai Bahar (Aku Cinta) - 98.67%

2. Waode & Liza Hanim (Sepi) - 97.33%

3. HoonDoo & Marsha Milan Londoh (When We Were Young) - 97.00%

4. Aufahanie & Naqiu Boboy (Berakhirlah Pencarianku) - 93.33%

5. Puteri Khareeza & Sophia Liana (Bangun) - 85.33%

6. Firdaus Rahmat & Ismail Izzani (Stay) - 83.00%

7. Putera Muhammad & Ara Johari (Kisah Ku Inginkan) - 76.67%

8. Dem Lepak Boyz & Ayie Elham (C.H.R.I.S.Y.E) - 58.00%

      

Peserta tersingkir - Firdaus Rahmat & Dem Lepak Boyz

       

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Akhir Big Stage 2023 Minggu 10 (Final Musim 5)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Finalis Konsert Akhir Big Stage 2023 (Final Musim 5)

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2023 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Biodata Hoondoo, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Waode, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

         

Sehubungan dengan itu, selepas sembilan minggu bersaing, enam peserta telah berjaya mencapai pentas akhir program realiti nyanyian bakat 'Budak Budak Baru Nak Up' (BBNU) ini. Nadeera Zaini, Waode (Indonesia), Putera Muhammad, Hoondoo (Korea), Aufahanie dan Puteri Khareeza adalah finalis yang bakal bertanding pada hujung minggu ini.

Sementara itu, Anugerah Dominasi Persembahan Terbaik diberikan kepada Nadeera Zaini berdasarkan keputusan juri profesional. Bagi pemenang ini, beliau berhak menerima hadiah wang tunai bernilai RM3000.

Tidak ketinggalan, Firdaus Rahmat meraih Anugerah Persembahan Paling Pa-Wa yang dibawakan oleh WAWA Kosmetik, menjadikannya pemenang wang tunai sebanyak RM1000.

Scha Al-Yahya, yang menduduki kerusi Presiden Netizen bagi menyuarakan pendapat peminat, diundang untuk menjalankan tugasnya.

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan butiran penuh rancangan Big Stage Musim 5, rujuk artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 5 (2023)

Big Stage 5 menemani penonton setiap hari Ahad, pada pukul 9 malam mulai 7 Mei 2023, dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104), dengan pengacaraan Elly Mazlein (Kak Lina Pom Pom) dan Rina Nose sebagai hos.

Selain itu, program ini boleh didapati secara dalam talian (online) melalui aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk pilihan tontonan yang lebih fleksibel.

        

Kredit video: BIG STAGE 2023 LIVE + MINGGU 9

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)