Oleh pada 08 May 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Minggu pertama program konsert realiti Big Stage musim 5 (2023) menyaksikan 13 penyanyi muda yang digelar BBNU atau 'Budak Baru Nak Up' menunjukkan bakat mereka beraksi di Auditorium MBSA, Shah Alam. Masing-masing diamanahkan untuk mempersembahkan semula lagu-lagu yang kebanyakannya telah memberi populariti kepada mereka di media sosial.

Seluruh 13 peserta mempamerkan bakat nyanyian mereka iaitu Naufal Azrin, Meer Nash, Nadeera Zaini, Isaac Voo, Firdaus Rahmat, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Aufahanie, HoonDoo (duo/Korea), Waode (Indonesia), Farhan Shah (Singapura), Dem Lepak Boyz (duo) dan kumpulan COEX.

Carta kedudukan dan markah penuh peserta telah diumumkan setelah pengadilan dilakukan oleh barisan juri profesional pada hujung konsert minggu pertama, seperti berikut:-

    

big stage 2023 499

    

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Big Stage 2023 (Musim 5) Minggu Pertama

1. HoonDoo (I Will Go to You Like the First Snow) - 81.00%

2. Coex (Pink Venom) - 78.67%

3. Waode (Sial) - 76.67%

4. Naufal Azrin (Casablanca) - 75.67%

5. Aufahanie (Geming Jiwa) - 75.33%

6. Putera Muhammad (Luka) - 72.33%

7. Nadeera Zaini (Karena Ku Sanggup) - 71.33%

8. Dem Lepak Boyz (Lantaklah) - 66.00%

9. Firdaus Rahmat (Test Drive) - 64.00%

10. Puteri Khareeza (Duka Sebalik Tawa) - 62.00%

11. Isaac Voo (Time Bomb) - 56.33%

12. Meer Nash (Kajima) - 51.00%

13. Farhan Shah (Sesuatu Janji) - 37.00%

    

Anugerah Dominasi Persembahan Terbaik (ditentukan oleh juri) - HoonDoo (menerima hadiah wang tunai RM3000)

    

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 2 (Musim 5)

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2023 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Biodata Rina Nose, Pengacara Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 1 (Musim 5)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 2 (Musim 5)

     

*Maklumat lengkap mengenai format penjurian, hadiah dan butiran penuh rancangan Big Stage Musim 5 boleh didapati dalam artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 5 (2023)

    

Dua juri tetap iaitu penyanyi Aina Abdul dan Ajai, menjadi juri pada pertandingan, bersama dengan juri undangan mingguan, Lah Ahmad dan pelakon Nora Danish mewakili 'Presiden Netizen'.

Markah keseluruhan ditentukan melalui jumlah mata ketiga-tiga juri profesional. Setelah itu, tiga peserta terendah akan menjalani penilaian kedua iaitu undian secara online daripada penonton melalui laman sesawang rasmi Big Stage. Peserta dengan undian tercorot akan dikeluarkan pada hujung konsert.

Meski demikian, pengacara Elly Mazlein (Kak Lina Pom Pom) dan Rina Nose mengumumkan bahawa tidak ada penyingkiran dalam konsert pertama, yang bermakna kesemua peserta akan terus bersaing pada minggu hadapan.

Program Big Stage 5 disiarkan mulai 7 Mei 2023, setiap hari Ahad pukul 9 malam secara eksklusif di saluran 104, Astro Ria. Untuk penonton yang ingin mengikuti secara dalam talian, kandungan ini boleh didapati di On Demand melalui platform Astro Box dan aplikasi Astro Go.

    

Kredit video: BIG STAGE 2023 LIVE + MINGGU 1

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)