Oleh pada 09 Jul 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

      

Enam bintang 'BBNU' (Budak Baru Nak Up) berentap untuk merebut trofi juara dalam konsert akhir Big Stage 2023.

Konsert kemuncak yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam ini menjadi titik penentuan bagi finalis yang terpilih, setelah sembilan minggu saingan yang hebat.

Enam penyanyi yang disenaraikan, iaitu Nadeera Zaini, Waode (Indonesia), Putera Muhammad, HoonDoo (Korea Selatan), Aufahanie dan Puteri Khareeza, merupakan calon juara dalam musim kelima itu.

Sebelumnya, tujuh penyanyi generasi baharu atau 'BBNU' (Budak Baru Nak Up) seperjuangan mereka telah disingkirkan dalam episod-episod konsert lalu, memberi laluan kepada mereka. Para peserta yang kurang bernasib baik termasuklah Firdaus Rahmat, Isaac Voo, Farhan Shah (Singapura), Naufal Azrin, Meer Nash, Dem Lepak Boyz (duo) dan kumpulan COEX.

Keputusan diambil berdasarkan penilaian daripada dua nama besar dalam arena muzik Malaysia, iaitu penyanyi popular semasa, Aina Abdul, dan komposer berpengalaman, Ajai, yang merupakan juri tetap.

Seorang lagi juri diundang sebagai jemputan mingguan untuk mengambil bahagian dan menyumbangkan peranan bersama, mengadili peserta.

Peringkat akhir melibatkan 70 peratus penilaian daripada juri profesional, yang dijumlahkan bersama-sama dengan 30 peratus undian penonton di rumah. Tema yang dibawakan dalam pentas penentuan ialah 'Ultimatum' dan 'Battle Mashup'.

Berikut adalah markah dan kedudukan finalis pada konsert akhir musim 5 :-

        

big stage 2023 50608

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Kedudukan Dan Markah Juara, Pemenang, Finalis Konsert Akhir Big Stage 2023 (Final Musim 5)

       

(Rujuk gambar di bawah untuk markah setiap juri)

         

Juara - Nadeera Zaini - 68.39%

Naib juara / Tempat kedua - Waode (Indonesia) - 64.25%

Tempat ketiga - Putera Muhammad - 64.19%

Tempat keempat - HoonDoo (Korea Selatan) - 61.60%

Tempat kelima - Aufahanie - 54.61%

Tempat keenam - Puteri Khareeza - 49.58%

           

big stage final 05649

        

Anugerah Dominasi Persembahan Terbaik - Aufahanie

Anugerah Persembahan Paling Pa-Wa - Puteri Khareeza

        

Hadiah

      

Juara - Wang tunai RM100,000, sebuah trofi dan rakaman lagu bersama komposer dan penulis lirik antarabangsa, Hyuk Shin

Naib juara / Tempat kedua - Wang tunai RM30,000 dan trofi

Tempat ketiga - Wang tunai RM25,000 dan trofi

Tempat keempat - Wang tunai RM15,000 dan trofi

Tempat kelima - Wang tunai RM5,000 dan trofi

Tempat keenam - Wang tunai RM5,000 dan trofi

        

Anugerah Dominasi Persembahan Terbaik - Wang tunai RM3,000

Anugerah Persembahan Paling Pa-Wa - Wang tunai RM5,000

       

Juri Jemputan - Datuk Ramli MS

Presiden Netizen - Jihan Muse

       

Baca: Ramalan Peserta Big Stage 2024 (Musim 6)

      

Baca: Senarai Lagu Tugasan Finalis Konsert Akhir Big Stage 2023 (Final Musim 5)

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2023 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Baca: Biodata Hoondoo, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

Baca: Biodata Waode, Peserta Big Stage 2023 (Musim 5)

        

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan butiran penuh rancangan Big Stage Musim 5, rujuk artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 5 (2023)

Konsert Big Stage 2023 disajikan sebagai program hiburan di Astro Ria (saluran 104) dengan tayangan setiap hari Ahad pada pukul 9 malam.

Rancangan ini dipersembahkan menerusi kolaborasi pengacaraan Elly Mazlein (Kak Lina Pom Pom) dan Rina Nose sebagai hos.

Selain itu, program ini juga tersedia secara dalam talian melalui aplikasi Astro Go dan platform On Demand, memberikan fleksibiliti kepada pengguna dalam memilih tontonan.

         

*Senarai Juara Big Stage

Musim 1 (2018) - Sarah Suhairi

Musim 2 (2019) - Han Byul

Musim 3 (2020) - Azzam Sham

Musim 4 (2022) - Elica Paujin

      

Kredit video: KONSERT AKHIR BIG STAGE 2023 LIVE + MINGGU 10

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)