Oleh pada 06 Jun 2020 kategori

    

Suara Viral merupakan sebuah pertandingan realiti terbitan Astro yang mempertaruhkan 10 orang peserta daripada pelbagai latar belakang kerjaya, dalam kalangan mereka yang pernah tular di media sosial kerana memiliki bakat nyanyian yang luar biasa.

Musim pertama rancangan realiti TV ini bakal ke udara di saluran Astro Prima, mulai 17 Jun 2020.

    

peserta suara viral astro

Kredit foto: Astro Gempak

    

Konsep

Rancangan pertandingan nyanyian yang membariskan 10 orang peserta daripada latar belakang kerjaya yang berbeza dan masing-masing pernah tular di media sosial!

Bakat nyanyian luar biasa daripada 'orang biasa' ini bakal diketengahkan di sebuah pentas besar pertandingan untuk dinikmati umum, sekaligus diadili oleh barisan juri untuk menentukan seorang juara.

    

Peserta

Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada enam orang lelaki dan empat wanita yang mana salah seorangnya adalah polis viral yang juga tunang kepada pelakon Raja Afiq iaitu Soffwany Yusoff.

Pencabar Koperal Pemerhati Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu adalah Sulastrie (Koperal French Horn, PDRM), Bobby (abang rider), Farah (Anggota Tentera) dan Azrul (Pengawal Lalu Lintas).

Tidak ketinggalan, Farid (Abang Engineer), Jerry (Anggota Pertahanan Awam), Bella (Eksekutif Perhubungan Awam), Ameem (Eksekutif Pemasaran Agensi Perlancongan) dan Boy (Krew Teknikal Audio).

    

Baca: Info Penuh Program Suara Viral 2.0 (Musim 2) 2021

Baca: Biodata 10 Peserta Program Suara Viral (Astro) 2020

    

Tempoh Siaran

Pertandingan bakal berlangsung selama lapan minggu berturut-turut.

   

Penaja

Tajaan oleh Nivea selaku penaja utama.

   

Rakan Digital Dan Radio Rasmi

Aplikasi Astro Go dan portal Gempak bertindak sebagai rakan digital, selain dibantu SINAR sebagai rakan radio rasmi.

     

suara viral astro

Kredit foto: Astro Media Room

    

Juri

Menyatukan penyanyi berpengalaman, Misha Omar dan Akim Ahmad sebagai juri tetap, selain disokong oleh seorang Juri Otai yang akan mengisi kerusi jemputan setiap minggu. Juri Otai yang diundang terdiri daripada nama-nama besar dalam dunia hiburan tempatan.

Selain itu, tugasan penjurian turut disertai Juri Duduk Rumah iaitu lapan figura ternama dalam bidang masing-masing yang akan membuat pengadilan secara virtual dari rumah. Mereka ialah Idayu, Bob Yusof, Sissy Imann, Sarah Suhairi, Syafiq Farhain, Ngektsai, Niezam Abdullah dan Sudyr Tahir.

   

Pengacara

Konsert mingguan dikemudikan oleh pengacara Dato’ AC Mizal, selain Marsha Milan Londoh yang memegang mandat sebagai Pengacara ‘Back Stage’.

   

Hadiah

Pemegang gelaran ‘Suara Viral’ akan membawa pulang habuan berupa wang tunai berjumlah RM10,000 berserta sebuah trofi sumbangan Astro.

   

Format Penjurian

Pemilihan 10 peserta dibuat menerusi ujibakat dan saringan awal yang diadakan secara tertutup dengan mengambil kira beberapa kriteria iaitu kekuatan vokal, mempunyai kerjaya, keunikan karekter dan identiti serta nilai komersial yang tinggi.

Kesemua peserta ini akan menempuhi persaingan konsert mingguan yang akan diadili berdasarkan format markah 70% oleh barisan juri profesional, manakala 30% lagi daripada keputusan ‘Juri Duduk Rumah’ mengikut kriteria tertentu yang telah ditetapkan.

Di hujung konsert mingguan akan ada seorang peserta yang menjadi mangsa penyingkiran selepas menduduki tangga markah tercorot.

   

Waktu Siaran

Konsert mingguan ‘Suara Viral’ asalnya dirancang untuk ke udara secara langsung, namun kerana ingin mematuhi syarat-syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengekang wabak Covid-19, program ini diputuskan untuk dibuat dalam versi rakaman awal tanpa kehadiran penonton di studio.

Rakaman konsert mingguan yang dibawakan dari Studio Visual Three, Seri Kembangan, disiarkan selama dua jam pada setiap Rabu, jam 9 malam mulai 17 Jun 2020.

Manakala liputan harian berjudul ‘Jom Intai Suara Viral’ yang memaparkan perkembangan peserta dalam membuat persiapan menghadapi konsert mingguan, akan ditayangkan setiap Isnin dan Selasa, jam 6.55 petang mulai 15 Jun 2020.

Siri ini menemui penonton secara eksklusif di saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105), selain platform digital - aplikasi Astro Go dan perkhidmatan On Demand.

   

Sumber:

1. Pertembungan Pelantun Suara Tular Bekerjaya di Astro Prima

2. Polis viral Soffwany Yusoff, abang 'rider' antara 10 peserta yang bakal berentap di Suara Viral!

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)