Kredit foto: Instagram Ella

Biodata

1. Nama penuhnya, Nor Zila binti Aminuddin. Popular sebagai Ella.

2. Merupakan penyanyi, pelakon, pemuzik dan model.

3. Lahir pada 31 Julai 1966. Kini berusia 53 tahun.

4. Kelahiran Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia. Membesar di Klang, Selangor.

5. Anak kepada pasangan Aminuddin (bapa; telahpun meninggal dunia) dan Yang Asmah Yong (ibu).

6. Ibu saudara kepada penyanyi, Kaka Azraff.

7. Bekas penuntut Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.

8. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak 1985.

9. Mendapat jolokan nama 'Ratu Rock Malaysia'.

10. Sebelum menjadi penyanyi, beliau mengutip pengalaman dengan mengadakan persembahan di beberapa kelab malam dan lounge di sekitar Lembah Klang.

11. Kemudiannya menganggotai kumpulan Ella & The Boys sebagai vokalis utama.

12. Beliau akhirnya bergelar penyanyi solo dengan memperjuangkan muzik rock bersama deretan lagu hits seperti Layar Impian, Dua Insan Bercinta, Sembilu, Pergilah Sayang (duet bersama Korie), Baldu Biru, Retak, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Standing In The Eyes Of The World, Rama Rama, Mendung Tak Bererti Hujan, Nuri, Tinggal Tanda Tanya, Kitalah Bintang, Simbiosis, Teruja, Gemilang, Dunia Batinku (duet bersama Spider), Pengemis Cinta, Kesal, Permata Biru dan banyak lagi.

13. Album studio yang pernah dilahirkannya ialah Pengemis Cinta, 30110, Ella USA, Ilham Bicara, Simbiosis, Rama Rama, Puteri Kota, Identiti, Mendung Tak Bererti Hujan (untuk pasaran Indonesia), 8494, El, Diva Metal (album bersama kumpulan Amuk dan Manterra) dan Peace.Love.Rindu.

14. Pernah membintangi filem Bayangan Maut, Pemburu Bayang, Hanya Kawan dan KIL. Juga membuat kemunculan istimewa dalam telefilem Les Sekinchan.

15. Pada 7 Julai 2012, beliau mendirikan rumah tangga dengan Azhar Husaini Ghazali yang juga merupakan seorang juruterbang di syarikat Firefly.

Foto

biodata dan latar belakang penyanyi rock ella 2

biodata dan latar belakang penyanyi rock ella 3

biodata dan latar belakang penyanyi rock ella 4

biodata dan latar belakang penyanyi rock ella 5

biodata dan latar belakang penyanyi rock ella 6

Kredit foto: Instagram Ella

Video

Kredit video: Youtube Meletop

Sumber:

1. Wikipedia

2. Mstar

3. Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)