Oleh pada 26 Dec 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Dansa Dan Sing merupakan sebuah rancangan realiti terbaharu anjuran Astro yang menampilkan elemen seni tari dan nyanyian dalam sebuah program yang berkonsepkan pertandingan.

Rancangan ini akan memulakan siarannya pada 5 Januari 2020 menggantikan Gegar Vaganza 2019 (GV2019).

   

Konsep

Menggabungkan elemen dinamik seni tari dan nyanyian dalam persembahan.

   

Peserta

1. Arja Lee

2. Atilia Haron & Yasmin Hani

3. Chubb-E

4. Nik Qistina

5. Raja Syahiran

6. Shiha Zikir

7. Sophia Liana

8. Wani Kayrie

9. Waris

10. Harris Baba

   

dansa dan sing

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Pemarkahan

Pemarkahan berdasarkan penilaian juri profesional sepenuhnya iaitu 70 peratus bersandarkan aspek tarian, manakala 30 peratus lagi berdasarkan kualiti nyanyian.

   

Tema

Menampilkan tema berbeza pada setiap minggu yang tidak terhad tertumpu kepada elemen muzik, malah turut melibatkan elemen seperti props, emosi dan sebagainya.

   

Juri

Juri tetap terdiri daripada guru tari, Linda Jasmine dan ikon fesyen ternama, Datuk Rizalman Ibrahim, bersama seorang juri undangan mingguan.

   

pengacara dansa dan sing

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Pengacara

Selebriti popular, Sherry Alhadad memegang mandat sebagai pengacara konsert mingguan bersama seorang lagi hos yang dirahsiakan identitinya (bakal didedahkan pada konsert minggu pertama sebagai kejutan).

Manakala, pengacara program Gempak TV, Isha Norsham memegang peranan mengendalikan siaran ‘Kapsul Dansa Dan Sing’.

    

Hadiah

Juara - RM100,000 berserta trofi

Naib Juara - RM50,000 serta trofi

Tempat Ketiga - RM25,000 berserta trofi

Tempat Keempat - RM10,000 berserta trofi

Tempat Kelima - RM5,000 berserta trofi

    

Waktu Siaran

Konsert mingguan 'Dansa Dan Sing' bersiaran secara langsung selama lapan minggu di saluran Astro Ria, mulai 5 Januari 2020, setiap Ahad, jam 9 malam dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Manakala liputan harian ‘Kapsul Dansa Dan Sing’ yang memaparkan persiapan para peserta menjelang konsert boleh ditonton mulai 30 Disember 2019, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang.

Program ini juga tersedia di platform digital, Astro Go dan Astro On Demand.

    

Kredit video: h Live! - Seni tari & suara bergabung dalam Dansa Dan Sing!

   

Sumber:

1. Seni Tari & Suara Bergabung Dalam Dansa Dan Sing!

2. Gabungan Dinamik Seni Tari & Seni Suara Di Pentas ‘Dansa Dan Sing’

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)