Biodata

Nama penuh: Nur Ernie Shahirah Zakri

Nama pentas: Ernie Zakri

Tarikh lahir: 23 Jun 1992

Umur: 26 tahun

Kelahiran: Kuala Lumpur, Malaysia

Pekerjaan: Penyanyi dan guru vokal

Media sosial: Instagram @erniezakri

Fakta Menarik

1. Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist, Kuala Lumpur.

2. Berkelulusan Diploma Muzik (Vokal) daripada Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor dan Ijazah Sarjana Muzik, Universiti Malaya.

3. Ibunya, Rafiaah Mohamed merupakan sepupu kepada penyanyi Ziana Zain dan Anuar Zain. Manakala bapanya, Zakri Ahmad pula merupakan pemain dram kumpulan band Kilat.

4. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2009.

5. Memperjuangkan muzik bergenre Balada dan Pop.

6. Diangkat sebagai juara pertandingan nyanyian Bintang RTM 2009.

7. Kemudiannya Ernie menjadi artis rakaman menerusi album berjudul Sinaran pada tahun 2011.

8. Bagaimanapun kemunculan awalnya dalam dunia seni ketika itu tidak begitu mendapat sambutan di kalangan peminat muzik tempatan.

9. Hanya selepas menjuarai program Duo Star bersama rakan gandingan, Syamel, beliau mula mendapat liputan meluas hingga menjadi antara penyanyi pelapis wanita negara yang terkenal dengan kualiti vokal yang baik.

10. Antara lagu-lagu yang pernah dirakamkannya seperti Mahu Ingin Bercinta (2011), Rindu Bukan Teman (2011), Khalimah Janji (2012), Takkan Pudar (2015), Ini Yang Ku Mahu (2015), Jangan Marah (2016) dan banyak lagi.

11. Beliau dianugerahkan trofi Anugerah Vokal Terbaik (bersama Syamel) di Anugerah Juara Lagu ke-32 menerusi lagu Aku Cinta dan Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

12. Sebagai guru vokal, kelas Ernie bukan sahaja diikuti oleh orang awam, malah beberapa penyanyi popular seperti Siti Nordiana, Siti Sarah Raisuddin, Amira Othman dan Azza Elite.

13. Beliau turut memegang peranan sebagai pelatih dan guru vokal yang bertanggungjawab memperkasakan bakat peserta rancangan realiti nyanyian, Big Stage 2018 anjuran Astro.

Foto

biodata dan latar belakang penyanyi ernie zakri 2

biodata dan latar belakang penyanyi ernie zakri 3

biodata dan latar belakang penyanyi ernie zakri 4

biodata dan latar belakang penyanyi ernie zakri 5

biodata dan latar belakang penyanyi ernie zakri 6

biodata dan latar belakang penyanyi ernie zakri 7

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. Kosmo

4. Instagram Ernie Zakri




Hakcipta iluminasi.com (2017)