Oleh pada 09 Mar 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Radius One Sdn Bhd

    

Dendam Cinta Arissa merupakan sebuah drama rantaian terbaharu dalam Slot DramaVaganza siaran Astro yang menggandingkan Atikah Suhaime dan Hisyam Hamid selaku teraju utama.

Drama arahan Shahrulezad Mohameddin dan Uchee Fukada ini dijadualkan bermula 9 Mac 2020, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di Astro Ria.

    

drama dendam cinta arissa

Kredit foto: Instagram Radius One Sdn Bhd

   

Sinopsis

Zariman (Fezrul Khan) melamar Arissa (Atikah Suhaime) untuk menjadi teman hidupnya selepas bertahun lama berkenalan. Namun Arissa dalam dilema mengenangkan nasib dan kebajikan neneknya, Saleha sekiranya dia barkahwin kelak.

Sementara itu, Rafael (Hisyam Hamid) berdepan gelora rumah tangga selepas berjaya menghidu kecurangan isterinya, Diana. Rafael awalnya cuba bersangka baik, sebelum Diana membuat pengakuan lalu menggesa agar Rafael melepaskannya.

   

dendam cinta arissa

Kredit foto: Instagram Radius One Sdn Bhd

    

Pelakon

Gandingan mantap Atikah Suhaime dan Hisyam Hamid selaku tunjang utama, selain dibarisi Fezrul Khan, Aidil Aziz, Shiqin Kamal, Putri Hanan, Dilla Ahmad, Ruzana Ibrahim, Arash Mohamad dan Noryati Taib.

     

Baca: Biodata Pelakon Atikah Suhaime

Baca: Biodata Pelakon Hisyam Hamid

Baca: Biodata Pelakon Fezrul Khan

Baca: Biodata Pelakon Aidil Aziz

Baca: Biodata Pelakon Shiqin Kamal

Baca: Biodata Pelakon Putri Hanan

     

dendam cinta arissa episod

Kredit foto: Instagram Radius One Sdn Bhd

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Arahan oleh Shahrulezad Mohameddin dan Uchee Fukada menerusi terbitan syarikat produksi Radius One.

Karya garapan Shahrulezad Mohameddin yang juga dikenali sebagai Budak Ijat sering mendapat tempat di kalangan peminat drama melayu, antaranya siri Nur, Cari Aku Di Syurga, Adellea Sofea, Sutun dan Sindarela.

    

Kredit video: Han Byul - Retak I OST Dendam Cinta Arissa (Official Lyric Video)

   

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Retak

Penyanyi: Han Byul

Komposer: Farouk Roman

Lirik: Amylea

    

pelakon dendam cinta arissa

Kredit foto: Instagram Radius One Sdn Bhd

    

Waktu Siaran

Menerusi slot Dramavaganza bermula 9 Mac 2020, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di Astro Ria.

    

Sumber:

1. What's On Astro

2. "Saya Harap Awak Mati Dalam Penjara..." - Hisyam Hamid Bertekak Dengan Atikah Suhaime Masa Siaran 'Live' Go Shop... Apa Cerita Ni?

3. Wikipedia Dendam Cinta Arissa

4. Wikipedia Slot DramaVaganza

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)