Oleh pada 26 Nov 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Umie Nadzimah

   

Drama adaptasi novel terbaharu, Rindu Yang Terlarang karya Umie Nadzimah bakal menampilkan gandingan sulung pelakon popular, Fikry Ibrahim dan Zahirah Macwilson.

Ke udara di slot DramaVaganza, ia memulakan siarannya pada 26 November 2019.

   

drama rindu yang terlarang

Kredit foto: Instagram Rashid Sibir

    

Sinopsis

Faith dan Ainnura berkahwin di usia muda selepas menyulam cinta sejak di bangku sekolah.

Namun pernikahan mereka dilangsungkan secara rahsia tanpa pengetahuan kedua keluarga yang bermusuh.

Kebahagiaan dikecapi sebelum ikatan suami isteri itu diketahui pihak keluarga, lalu memaksa Faith untuk memilih sama ada 'cerai atau nyawa'.

Lantas, perpisahan tanpa rela terjadi membuatkan Ainnura berbulan gelisah menunggu kepulangan Faith kembali ke sisinya seperti yang dijanjikan.

Beberapa tahun berlalu, Faith melakar kejayaan dalam karier, lalu pertemuan kembali dengan Ainnura membawa kepada usaha untuk memenangi semula hati wanita yang pernah dicintainya itu.

Walhal jiwa Ainnura sudah keras, mahu 'move on' dan enggan lagi berpaling pada kisah silamnya yang menyakitkan!

Bermulalah episod percubaan Faith merebut kembali cinta Ainnura..

   

rindu yang terlarang episod

Kredit foto: Instagram BamBam Studios

   

Pelakon

Menyatukan gandingan Fikry Ibrahim dan Zahirah Macwilson, di sisi pelakon berpengalaman antaranya Kartina Aziz, Sulaiman Yassin, Amyza Adnan, juga bakat baharu, Puteri Hanan.

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya produksi Zeel Production Sdn Bhd arahan sutradara ternama, Rashid Sibir yang pernah menduduki kerusi pengarah untuk drama-drama popular seperti Dalam Hati Ada Cinta, Kutub Utara Kutub Selatan, Pondok Buruk dan Seri Pengantin.

   

Kredit video: Siti Nurhaliza - Kau Kekasihku (Official Music Video - HD)

   

Lagu Tema (OST)

Menggunakan runut bunyi lagu Kau Kekasihku yang merupakan single kedua dari album Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Pancawarna.

   

novel rindu yang terlarang

Kredit foto: Instagram Karya Seni

   

Waktu Siaran

Bersiaran sebanyak 20 episod pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di saluran Astro Ria - mulai 26 November 2019.

   

Kredit video: [Tayangan Perdana] Rindu Yang Terlarang - Bermula 26 November 2019

   

Sumber:

1. Wikipedia Slot DramaVaganza

2. Goodreads Rindu Yang Terlarang

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)