Biodata

Nama penuh: Putri Hanan Ahmad Shukri

Nama popular: Putri Hanan

Umur: 23 tahun

Asal: Alor Setar, Kedah

Pekerjaan: Pelakon

Media sosial: Instagram @putrihanan

Fakta Menarik

1. Anak bongsu daripada empat adik-beradik.

2. Berkelulusan diploma dalam bidang Teknologi Kreatif (Teater), seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah dalam bidang sama di UiTM Puncak Perdana.

3. Anak didik kepada pelakon, pengarah dan pensyarah teater, Norzizi Zulkifli.

4. Mengidolakan pelakon senior, Sharifah Amani yang dikatakan banyak memberi tunjuk ajar kepadanya tentang seni lakonan.

5. Bercita-cita ingin membuka kelas lakonan sendiri di masa mendatang.

6. Penampilan pertama beliau menerusi filem televisyen (FTV), Che Pa, arahan sutradara Sabri Yunus, bergandingan dengan pelakon hebat, Namron yang juga pemegang trofi Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-29 menerusi filem Redha. Karya itu ditayangkan di saluran Astro First Eksklusif pada September 2017. Antara lain dibintangi Ezany, Amyza Aznan, Allahyarham Yus Jambu, Saidi Sabri dan ramai lagi.

7. Bakatnya dikesan pengarah Sabri Yunus sewaktu menghadiri ujibakat pemilihan pelakon Che Pa. Menurut Putri, sewaktu itu dia baru sahaja selesai kuliah di universiti, lalu bergegas ke lokasi ujibakat di Ampang dalam keadaan kelam-kabut, dihantar oleh rakannya menggunakan motosikal. Hanya mengenakan baju kuliah dengan penampilan wajah tanpa solekan yang juga berjerawat, ditambah dengan rambut yang tidak terurus. Namun antara ramai calon yang hadir daripada kalangan model dan ‘instafamous' jelita termasuk aktres Mira Filzah, beliau yang akhirnya terpilih untuk membawa watak Bibah.

8. Putri juga pernah membintangi drama Kelip-Kelip Kota London, tayangan Slot Zehra TV3, terbitan Zeel Production.

Foto

biodata dan latar belakang pelakon putri hanan 2

biodata dan latar belakang pelakon putri hanan 3

biodata dan latar belakang pelakon putri hanan 4

biodata dan latar belakang pelakon putri hanan 5

biodata dan latar belakang pelakon putri hanan 6

           

Kredit:

1. Harian Metro

2. Berita Harian

3. Astro Gempak

4. Instagram Putri Hanan




Hakcipta iluminasi.com (2017)