Oleh pada 13 Jan 2020 kategori

Kredit foto: Instagram BamBamStudios

     

Tolong Sempurnakan Cerita Mami merupakan drama bersiri 16 episod diadaptasi daripada novel nukilan Syamnuriezmil dengan judul sama.

Bakal ditayangkan mulai malam ini bagi menggantikan siri TQ Captain yang baru sahaja melabuhkan tirainya.

   

tolong sempurnakan cerita mami drama

Kredit foto: Instagram Isyariana Azmi

    

Sinopsis

Adeena Aurell (Addie), seorang kanak-kanak berusia sepuluh tahun sedang dalam usaha menyatukan semula kedua ibu bapanya yang bercerai iaitu Razean Safiya dan Aun Adwa.

Rancangan itu bagaimanapun gagal, yang seterusnya membawa kepada kehadiran Ku Harez Harith (Cikgu Ku) dalam hidupnya.

Anehnya, Cikgu Ku mengetahui lebih banyak tentang dirinya sewaktu kecil. Akhirnya Addie mendapat tahu Cikgu Ku sebenarnya merupakan bekas kawan baik kepada mami dan papanya.

Kini Addie terjerumus dalam rancangan papa untuk menyatukan mami dengan Cikgu Ku.

     

tolong sempurnakan cerita mami episod

Kredit foto: Instagram Isyariana Azmi

    

Pelakon

Menampilkan gandingan Isyariana Che Azmi, Alvin Chong dan Fizz Fairuz.

Dibantu Eleena Sui, Ummi Umairah, Fatimah Noryyah, Nasz Sally, Azizah Mahzan, Kartina Aziz, Zaidi Omar dan Ken Ridzuan.

    

pelakon tolong sempurnakan cerita mami

Kredit foto: Instagram BamBamStudios

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Terbitan Dear Creative Media Sdn. Bhd, sebuah karya arahan Eyra Rahman yang sebelum ini dikenali menerusi drama bersiri Mencintaimu Mr. Photographer dan Cemburu Seorang Perempuan.

    

Kredit video: Aizat Amdan – Waktu Live Unplugged

    

Lagu Tema (OST)

Single 'Waktu' dendangan Aizat Amdan.

     

novel tolong sempurnakan cerita mami

Kredit foto: Instagram BamBamStudios

    

Waktu Siaran

Bermula 13 Januari 2020, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Megadrama, Astro Ria.

    

Sumber:

1. Wikipedia Tolong Sempurnakan Cerita Mami

2. Wikipedia Slot MegaDrama

3. Instagram BamBamStudios

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)