Oleh pada 27 Jan 2020 kategori

     

Jujurlah Nikahi Aku merupakan sebuah drama rantaian televisyen arahan Rashid Sibir, adaptasi novel dengan judul sama karya Umie Nadzimah.

Ditunjangi Uyaina Arshad dan Sean Lee, siri ini bakal memulakan siarannya pada 27 Januari 2020 menerusi slot Drama Vaganza, Astro Ria, bagi menggantikan Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis yang melabuhkan tirainya baru-baru ini.

   

novel jujurlah nikahi aku

Kredit foto: Instagram Uyaina Arshad

    

Sinopsis

Mengisahkan Nurin Asyifa, seorang gadis istimewa yang dibenci ibunya sendiri kerana kecacatan yang dimiliki. Dia turut disisihkan ramai termasuk ahli keluarga.

Kecuali seorang jejaka bernama Alan yang bukan sahaja rapat dengannya, malah menyimpan perasaan sejak mereka di bangku sekolah. Perbezaan agama bagaimanapun menjadi penghalang antara dua hati itu.

Nurin turut diminati bosnya, Ahmad Zanif, seorang lelaki yang menganggap dirinya serba sempurna.

Zanif melihat diri Nurin berbeza daripada wanita lain yang dikenali, namun hubungan mereka mendapat tentangan daripada Zurin, adik kepada Nurin.

Turut hadir dalam hidup Nurin adalah Qayyum, pemuda yang tidak dikenali, namun meluahkan hasrat untuk memperisterikannya dengan rela hati.

Siapakah yang bakal menjadi 'cinta terakhir' Nurin?

    

sinopsis jujurlah nikahi aku 806

Kredit foto: Instagram Uyaina Arshad

     

Pelakon

Lakonan utama Uyaina Arshad dan Sean Lee, selain dibarisi Amar Asyraf, Rita Nadira, Raja Azura, Hamidah Wahab dan Zaidi Omar.

    

jujurlah nikahi aku episod

Kredit foto: Instagram Ferry Karisma

      

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya arahan Rashid Sibir di bawah terbitan Arie Zaharie Production.

Rashid Sibir sebelum ini pernah dikenali menerusi drama Rindu Yang Terlarang, Dalam Hati Ada Cinta, Pondok Buruk dan Kutub Utara Kutub Selatan.

   

Kredit video: Ara Johari - Racun Hati [Official Music Video]

    

Lagu Tema (OST)

Racun Hati - Ara Johari.

    

pelakon jujurlah nikahi aku

Kredit foto: Instagram Rashid Sibir

    

Waktu Siaran

Bersiaran selama 30 episod mulai 27 Januari 2020, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di slot Drama Vaganza, saluran Astro Ria.

     

Sumber:

1. Wikipedia Jujurlah Nikahi Aku

2. Novel Jujurlah Nikahi Aku

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)