Oleh pada 17 Jul 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @mfmirafilzah

      

Belum lagi selesai penggambaran, drama rantaian Sweet Dreams sudah menjadi bualan hangat di kalangan pengguna Twitter hingga menduduki carta trending.

Rata-rata peminat memberikan respon yang cukup positif dan tidak sabar menantikan gandingan sulung Ben Amir dan Mira Filzah sebagai teraju utama.

Apa yang menarik perhatian, ada juga segelintir peminat yang mula beralih arah meminati Ben sekaligus menjangkakan aktor itu bakal merampas populariti yang pernah dikecap Syafiq Kyle dan Fattah Amin.

Adakah Sweet Dreams bakal mencetuskan fenomena sehebat 'Suri Hati Mr Pilot' dan 'Mencintaimu Mr. Photographer'? Sama-sama kita nantikan.

Sementara itu, Iluminasi kongsikan butiran lanjut drama yang bakal memulakan tayangan pada bulan hadapan ini.

     

Sinopsis

Putri mendapat jolokan nama 'Ratu Kelam Kabut' atau ‘Minah Clumsy’ angkara perwatakannya yang cukup sinonim dengan gelaran itu.

Begitupun, kejadian malang yang sering menimpa telah menemukannya dengan seorang jejaka bernama Qash Adam yang sering menyelamatkannya ketika hampir ditimpa musibah.

Namun rupa-rupanya jejaka yang juga seorang pelukis itu sebenarnya bukanlah tiba secara kebetulan, tetapi terlebih dahulu mendapat isyarat awal tentang kejadian buruk yang bakal menimpa.

Kuasa magis dimiliki membuatkan hidup Qash serba tak tenang hingga dirinya dihina, dicaci dan difitnah insan sekeliling.

Pertemuan antara Putri dan Qash yang bak kisah si malang bertemu si adiwira ini akhirnya membuahkan bibit-bibit perasaan yang membawa kepada sebuah ikatan.

Ke manakah sebenarnya hala tuju hubungan mereka selepas mendirikan rumah tangga?

     

info drama sweet dreams 2

Kredit foto: Instagram @amiinfirdaus

    

Pelakon

Diterajui Mira Filzah dan Ben Amir serta dibantu pelakon Sean Lee, Nina Juren, Yuna Rahim, Roy Azman, Yusuf Bahrin, Nazs Sally, PU Azman, Didi Astillah dan ramai lagi.

     

Pengarah

Drama rantaian hasil adaptasi novel dengan judul sama tulisan Acik Lana ini merupakan arahan sutradara Michael Ang yang sebelum ini pernah dikenali kerana menggarap drama Dia Semanis Honey, Suri Hati Mr. Pilot, Hero Seorang Cinderella dan Setelah Terlafaznya Akad.

        

info drama sweet dreams 3

Kredit foto: Instagram @mfmirafilzah

    

Waktu Siaran

Ke udara mulai Ogos ini, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria menerusi slot Megadrama.

    

Kredit video: Youtube BamBam Studios

     

Sumber:

1. Good Reads

2. Youtube BamBam Studios




Hakcipta iluminasi.com (2017)