Oleh pada 22 Jul 2020 kategori

     

Superbike The Movie merupakan sebuah filem permotoran Malaysia 2020 arahan Wan Saiful Shahrizan Wan Nawi (Shah) dibintangi oleh Kamal Adli, Shiqin Kamal, Zul Handy Black dan Fizo Omar.

Filem yang 'diperam' selama lima tahun atas masalah teknikal ini bakal menemui penonton di saluran pawagam rumah, Astro First mulai 23 Julai 2020.

    

Baca: 5 Filem Permotoran Tempatan Wajib Ditonton 'Mat Motor'

    

superbike the movie

    

Sinopsis

Superbike The Movie merupakan sebuah filem permotoran penuh aksi yang juga menyelitkan tema persahabatan dan percintaan.

Berkisar kehidupan seharian sekawan penunggang superbike yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai 'Pirate Bikers' dan diketuai oleh Bugis (Kamal Adli).

Berlumba di jalanan, kejar-mengejar, berkonvoi dan disaman polis sudah menjadi asam garam dalam kehidupan mereka yang berkongsi minat sama ini.

Pak Hamid (Hamid Gurkha) merupakan individu yang bertanggungjawab mengajar Pirate Bikers kerana gemar berlumba di jalanan berbanding di litar yang disediakan.

Malah Pak Hamid juga berjaya menewaskan mereka ketika menuju ke Lemang Toki!

Sementara itu, Bugis yang bertemu Ilya (Shiqin Kamal) menyalahertikan hubungan antara Ilya dan Pak Hamid kerana menganggap Pak Hamid sebagai 'sugar daddy' kepada gadis itu.

    

pelakon superbike the movie

   

Pelakon

Dibintangi Kamal Adli, Shiqin Kamal, Zul Handy Black, Fizo Omar, Mia Ahmad, Abam Bocey, Mikail Andre, Joe Bugis, Hamid Gurkha dan ramai lagi.

    

Baca: Biodata Kamal Adli

Baca: Biodata Shiqin Kamal

Baca: Biodata Fizo Omar

Baca: Biodata Abam Bocey

   

superbike the movie astro

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Di bawah terbitan Storyfarm Post dengan menggunakan khidmat arahan sutradara Wan Saiful Shahrizan Wan Nawi atau Shah.

   

filem superbike the movie

    

Tarikh Tayangan

Menemui penonton di saluran Astro First (saluran 480) mulai 23 Julai 2020 dengan harga langganan sebanyak RM15 bagi tayangan selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

    

Cara Langgan Astro First

Pilih filem yang ingin dilanggan di saluran 480, kemudian ikut langkah-langkah yang tertera di kaca televisyen yang mana anda dikehendaki untuk menghantar kod langganan menerusi SMS atau Whatsapp.

    

Kredit video: OFFICIAL TRAILER SUPERBIKE THE MOVIE - 23 JULAI 2020 (ASTRO FIRST)

   

Sumber:

1. 5 Tahun Disimpan, Akhirnya 'Superbike The Movie' Bakal Ditayangkan

2. Youtube Empire Film Solutions

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)