Oleh pada 05 Jan 2024 kategori

Kredit foto: Instagram KRU Studios

       

"Geng Sakau Vs Hantu Ting Tong" (dikenali sebagai "Ghetto Boys Vs The Ghost Of Liang Mui" di Netflix) adalah filem komedi seram Malaysia 2023, yang dihasilkan secara eksklusif untuk Astro First.

Filem ini sesuai untuk dinikmati sebagai hiburan beramai-ramai, bersama keluarga atau sahabat handai.

Ia buat mereka yang ingin menyelami hiburan ringan dan menghilangkan seketika tekanan hidup, dengan alur cerita yang ringan bersama sentuhan komedi seram.

         

geng sakau vs hantu ting tong

Kredit foto: Instagram KRU Studios

         

Penceritaannya mengambil tempat di kalangan komuniti yang berbilang kaum di sebuah rumah pangsa di Kuala Lumpur, dengan permasalahan kisah mistik dan isu kecurian barangan kiriman (parcel).

Isu yang dibawa ke hadapan ini pernah terjadi dalam kehidupan sebenar dan turut menjadi tular.

          

ghetto boys vs the ghost of liang mui movie

Kredit foto: Instagram KRU Studios

          

Sinopsis Geng Sakau vs Hantu Ting Tong (Ghetto Boys Vs The Ghost Of Liang Mui)

Plot filem "Geng Sakau vs Hantu Ting Tong" membawa penonton ke dalam kisah seram penduduk rumah pangsa yang dihantui oleh makhluk halus.

Gara-gara adanya sebuah geng kecil yang dipanggil "Geng Sakau" yang dianggotai oleh tiga lelaki iaitu Amir (dilakonkan oleh Bell Ngasri), Tam (Shashic Iewan) dan Balan (James Arokisamy), keadaan menjadi riuh rendah.

Geng ini menerajui "projek" melakukan pencurian bungkusan barangan pesanan online milik penduduk Flat PPR Sri Jati untuk dijual kembali.

Pada suatu hari, mereka mencuri bungkusan yang ditandai sebagai "barang rare" yang mengandungi permata, menjadi penyebab hantu Ting Tong berkeliaran di sekitar flat tersebut.

Selepas menerima banyak aduan, Pak Ajak, pengerusi Jawatankuasa Penduduk Flat Sri Jati, mengumumkan sebuah mesyuarat tergempar.

Di tengah-tengah perbincangan mesyuarat, tiba-tiba muncul Hantu Cina merasuk Tam, yang kemudian mula bercakap dalam bahasa Cina. Kata-kata yang diungkapkan oleh Tam mencetuskan ketakutan di kalangan mereka yang hadir.

Angkara kemarahan roh yang penuh dendam itu, Geng Sakau berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi dan mencegahnya daripada menimbulkan ketakutan di kalangan penduduk setempat.

Bagaimana Geng Sakau ini dapat menyelesaikan kekacauan yang telah mereka mulakan?

         

Baca: Info, Sinopsis, Kutipan Filem Sue On, Kini Di Platform Netflix

Baca: 10 Filem, Drama Seram Melayu 'Berhantu' Terbaru (2023 / 2024), Mesti Tonton!

          

sinopsis ghetto boys vs the ghost of liang mui

Kredit foto: Instagram KRU Studios

         

Pelakon / Cast

Filem ini menampilkan senarai pelakon dan pelawak terkenal tempatan yang menyertai untuk menyokong watak-watak yang dimainkan, antaranya Bell Ngasri, Shashic Iewan, James Devan Arokisamy, Nabila Razali, Aziz M Osman, Chew Kin Wah, Chelsea Ng, Yassin Yahya dan Noorkhiriah.

        

Watak Pelakon

Bell Ngasri sebagai Amir

Shashic Iewan sebagai Tam

James Arokisamy sebagai Balan

Nabila Razali sebagai Pah

Aziz M Osman sebagai Pak Ajak

Chew Kin Wah sebagai Uncle KK

Chelsea Ng sebagai Liang Mui

Yassin Yahya sebagai Bomoh Siam

Noorkhiriah sebagai Kakak Amir

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Di bawah pengarahan Waan Hafiz, skrip filem ini digarap dan dikarang oleh Waan Hafiz bersama Zara Suryani.

Manakala, KRU Studios dan Astro Shaw bertanggungjawab sebagai syarikat penerbit.

        

Lagu Tema (OST)

Kredit video: DJ Fateh - Jangan Ikut (OST Geng Sakau VS Hantu TingTong)

        

Tajuk: Jangan Ikut

Penyanyi: DJ Fateh

Komposer: Saphuan Dualiti, Jazman Muhammad, K-Main

Penulis lirik: Saphuan Dualiti, Jazman Muhammad, K-Main

        

Tarikh Tayangan

Geng Sakau Vs Hantu Ting Tong diskrinkan mulai 5 Oktober 2023 di pawagam rumah anda iaitu Astro First (saluran 480).

Melalui Astro First, filem ini disampaikan terus kepada pengguna, membolehkan penonton menikmatinya pada bila-bila masa tanpa perlu melalui saluran tradisional seperti pawagam.

        

ghetto boys vs the ghost of liang mui netflix

Kredit foto: Instagram KRU Studios

       

Penayangan ia turut boleh diakses oleh pengguna pada masa ini melalui langganan aplikasi Netflix bermula 5 Januari 2024.

         

Judul: Geng Sakau Vs Hantu Ting Tong (Ghetto Boys Vs The Ghost Of Liang Mui)

Genre: Komedi Seram

Bahasa: Melayu

Durasi: 1 jam 23 minit

Platform online: Netflix

         

Kredit video: Filem Geng Sakau Vs Hantu Ting Tong (Ghetto Boys VS The Ghost Of Liang Mui) - Full Official Movie Trailer

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)