Kredit foto: Instagram @abam_bocik

       

Biodata

1. Nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Ridzuan. Popular sebagai Abam Bocey.

2. Kelahiran Gombak, Selangor pada 19 Januari 1988.

3. Berusia 31 tahun.

4. Anak kepada pasangan Syed Mohd Ridzuan (bapa) dan Rosbiah Arshad (ibu).

5. Merupakan pelawak dan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2012.

6. Adiknya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau nama komersialnya, Ali Puteh juga bergiat dalam bidang seni sebagai pelawak, pelakon dan pengacara.

7. Anggota kumpulan komedi terkenal, Bocey bersama dua lagi ahli iaitu Fad dan Achey.

8. Sebagai pelakon, beberapa drama dibintanginya seperti Mak Cun musim ketiga, Oh My Pondok, Saka Sisters dan Tuyul Ke London.

9. Termasuk telefilem Homestay Berhantu, Bocey Beraya, Samba Bola Kampung, Gebu-Gebu Manis, Suamiku Encik Beruang, Oh My Goat, Projek Bakar Lemang, Hantu Botox, Salah Susuk Raya, Bocey Mencecey, Hantu Rumah Sakit Jiwa dan Tiga Bahadol.

10. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Suatu Malam Kubur Berasap 2, Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa, Hantu Bungkus Ikat Tepi, Ada Apa Dekat Bas Stop, Isteri Untuk Dijual, Kecoh! Primadona Kena Hantu dan Jodoh Syaitan.

11. Antara pencapaiannya dalam bidang hiburan seperti kemenangan dalam kategori Pelakon Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 dan Pelakon Komedi Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015.

12. Sah bergelar suami kepada Siti Norhidayah pada 8 Disember 2017 sebelum dikurniakan seorang anak lelaki bernama Syed Uthman Hamzah pada 14 Jun 2019.

     

Baca: Biodata Pelawak Ali Puteh, Adik Abam Bocey

Baca: Biodata Pelawak Achey Bocey

Baca: Biodata Pelawak Fad Bocey

    

Foto

biodata dan latar belakang pelawak abam bocey 2

biodata dan latar belakang pelawak abam bocey 3

biodata dan latar belakang pelawak abam bocey 4

biodata dan latar belakang pelawak abam bocey 5

biodata dan latar belakang pelawak abam bocey 6

Kredit foto: Instagram @abam_bocik

      

Video

Kredit video: Youtube TV3 Malaysia Official

      

Sumber:

1. Wikipedia [1, 2]

2. Astro Gempak

3. Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)