Oleh pada 18 Nov 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Proksi merupakan sebuah filem bergenre 'cyber thriller' Malaysia 2021 terbitan FEG Equipment, dibintangi oleh Bront Palarae, Ashraf Sinclair, Remy Ishak, Siti Saleha, Datuk Rosyam Nor dan Faizal Hussein.

  

Filem ini ditayangkan mulai 18 November 2021 di platform Astro First.

  

proksi filem

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Sinopsis

Sebuah filem dengan kualiti jalan cerita yang segar membawakan kisah dunia 'hacker' atau penggodam.

  

Mengisahkan Sam (Bront Palarae) dan Aman (Allahyarham Ashraf Sinclair), dua orang penggodam elit yang bekerja di 'Cybersec Corporation' telah melarikan diri ke Bangkok.

  

Bagaimanapun Aman secara senyap-senyap telah menggodam platform keselamatan data, MYSOIL tanpa pengetahuan Sam.

  

Malahan Aman bekerjasama dengan Elle (Sangeeta Krishnasamy) menjual data tersebut kepada kumpulan penjenayah yang dikenali sebagai 'Carrie' di Bangkok.

  

Tidak sekadar itu, Aman turut mencuri wang Carrie.

  

Aqil (Remy Ishak) yang merupakan seorang tentera upahan cuba mengesan dan mendapatkan kembali wang tersebut.

  

Sementara itu, dua penyiasat, Roy (Faizal Hussein) dan Remy (Datuk Rosyam Nor) memberkas Sam untuk disoal siasat.

  

Sam kini dalam usaha mencari dalang sebenar di sebalik manipulasi data sensitif tentang Malaysia dan berusaha menyelamatkan maklumat rahsia kerajaan yang mampu mengancam keamanan dan kestabilan negara.

  

sinopsis proksi

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Pelakon / Cast

Antara barisan pelakon adalah nama-nama terbaik di Malaysia iaitu Bront Palarae, Ashraf Sinclair, Remy Ishak, Siti Saleha, Datuk Rosyam Nor, Sangeeta Krishnasamy, Faizal Hussein, Susan Lankester dan Adrianna Qasmia.

  

Baca: Biodata Ashraf Sinclair

Baca: Biodata Remy Ishak

Baca: Biodata Siti Saleha

Baca: Biodata Rosyam Nor

  

Watak Pelakon

Bront Palarae sebagai Sam

Ashraf Sinclair sebagai Aman

Remy Ishak sebagai Aqil

Siti Saleha sebagai Diana

Rosyam Nor sebagai Remy

Faizal Hussein sebagai Mr. Roy

Sangeeta Krishnasamy sebagai Elle

Susan Lankester sebagai Ms. Rose

Adrianna Qasmia sebagai Arissa

  

proksi maksud

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Diterbitkan FEG Equipment, Proksi mendapat sentuhan Mohd Shaufe A. Wahib yang memikul tanggungjawab selaku sutradara dan penerbit.

  

proksi movie

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Tarikh Tayangan

Langganan bermula 18 November 2021 secara eksklusif di saluran pawagam rumah, Astro First (CH480) atau di aplikasi Astro Go dan platform On Demand dengan kadar harga RM15 untuk tontonan selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

  

pelakon proksi

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Cara Langgan / Beli Astro First

Langgan di saluran 480 dengan memilih judul filem dan ikuti langkah-langkah dinyatakan di skrin TV.

  

Hantarkan kod langganan yang terpapar di kaca TV melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau aplikasi Whatsapp.

  

Untuk lebih info dan sinopsis filem-filem melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Filem

  

Kredit video: PROKSI - OFFICIAL TRAILER [HD]

  

Sumber:

1. Proksi Filem Pertama Gandingan Allahyarham Ashraf Sinclair & Bront Palarae, Cerita Tentang

2. Astro Gempak

  




Hakcipta iluminasi.com (2017)