Kredit foto: Instagram Ashraf Sinclair

    

Ashraf Daniel Mohamad Sinclair atau nama popularnya, Ashraf Sinclair merupakan seorang pelakon, peragawan dan pengacara Malaysia yang mula menempa populariti menerusi watak Eddy dalam filem Gol & Gincu.

Namanya mula diperkenalkan kepada peminat seni hiburan selepas penyertaan dalam pertandingan Hero Remaja 1997 yang meletakkannya di kedudukan ketiga.

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair.
  • Menggunakan nama komersial, Ashraf Sinclair.
  • Kelahiran London, United Kingdom pada 18 September 1979.
  • Berumur 41 tahun.
  • Berwarganegara Malaysia-England.
  • Seorang pelakon, peragawan dan pengacara televisyen yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1997.
  • Anak kepada pasangan Mohammed Anthony John Sinclair (bapa) dan Khadijah Abdul Rahman (ibu).
  • Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik. Dua adiknya ialah pelakon Aishah Sinclair dan Adam Sinclair. Adam Sinclair merupakan suami kepada penyanyi Yuna Zarai.
  • Kerjayanya bermula selepas penyertaan dalam pertandingan Hero Remaja 1997 di mana beliau ditabalkan sebagai pemenang tempat ketiga untuk edisi berkenaan.
  • Mula mencipta nama selepas membintangi filem Gol & Gincu menerusi watak Eddy.
  • Antara drama dibintanginya seperti Gol & Gincu The Series, Realiti, Tidak Pernah Ku Sesali dan Dosa: Sacred Sin.
  • Termasuk sinetron Sekar, Cinta dan Anugerah, Sejuta Cinta Marshanda, Binar Bening Berlian, Pashmina Aisha dan banyak lagi.
  • Pembabitannya di layar perak menerusi filem SH3, Gol & Gincu, Saus Kacang, The Real Pocong, Bayi Gaib, Proksi dan J Retribusi.
  • Dalam bidang pengacaraan, beliau pernah menghoskan program Box Office Now, Beat TV, termasuk acara Persidangan Alam Sekitar Kanak-Kanak Antarabangsa TUNZA di Putrajaya pada 2006.
  • Mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Indonesia terkenal, Bunga Citra Lestari pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta, sebelum menimang cahaya mata dinamakan sebagai Noah Aidan pada 2010.
  • Pada 18 Februari 2020, beliau meninggal dunia di Jakarta, Indonesia, kira-kira jam 4:51 pagi akibat serangan jantung.

     

Baca: Biodata Penyanyi Yuna

Baca: Biodata Pengarah Adam Sinclair, Adik Ashraf Sinclair

    

Foto

bunga citra lestari

ashraf sinclair

ashraf sinclair instagram

ashraf sinclair meninggal

ashraf sinclair family

adik beradik ashraf sinclair

ashraf sinclair bunga citra lestari

wikipedia ashraf sinclair

Kredit foto: Instagram Ashraf Sinclair

    

Video

Kredit video: Buletin AWANI khas: Selamat Jalan Ashraf Sinclair

    

Sumber:

1. Wikipedia Ashraf Sinclair

2. Memenangi Tempat Ketiga Hero Remaja 1997, Ini Trivia Ashraf Sinclair

3. Ashraf Sinclair meninggal dunia

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)