Kredit foto: Instagram @acheykintangkintung

    

Nama Achey sememangnya cukup sinonim dengan kumpulan lawak dianggotainya, Bocey bersama dua lagi rakan gandingan, Fad dan Abam.

Namun perkembangan karier Achey dilihat berterusan menerusi beberapa cabang seni lain diceburinya, antaranya sebagai penyanyi, pelakon, pengacara dan terkini turut dikenali sebagai 'Youtuber'.

Beliau hanya bermula menerusi rancangan realiti Bintang Mencari Bintang sebelum rezekinya terbuka luas dalam beberapa penyertaan pertandingan lain yang membuahkan hasil hingga kumpulannya, Bocey mencipta rekod dengan kejayaan dua tahun berturut-turut memenangi program Maharaja Lawak Mega.

Lagi butiran lanjut mengenai beliau dalam coretan biodata yang kami sediakan ini.

        

Biodata

1. Pemilik nama penuh Mohd. Nasir bin Haji Hamzah. Dikenali sebagai Achey.

2. Kelahiran Segamat, Johor pada 17 Ogos 1986. Kini berusia 33 tahun.

3. Merupakan pelawak, penyanyi, pelakon dan pengacara yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2013. Adiknya, Nornatasha Hamzah atau Tasya juga merupakan pelawak yang pernah menyertai pertandingan bakat komedi, Gegar Lawak.

4. Bakatnya dicungkil daripada program Bintang Mencari Bintang musim pertama anjuran TV3, di mana beliau telah diangkat sebagai juara, sekaligus menewaskan Kumpulan Bocik, Titan dan Tapaw.

5. Penyertaan dalam Maharaja Lawak Mega 2013 membuka ruang kepada penubuhan kumpulan Bocey yang dianggotainya kini bersama Fad dan Abam (anggota asal kumpulan duo Bocik). Kombinasi nama Achey dan Bocik menghasilkan 'Bocey' yang mana gabungan ini menjadi antara kumpulan komedi paling popular masa kini.

6. Bocey merangkul gelaran juara dalam pertandingan realiti, Maharaja Lawak Mega untuk edisi 2016 dan 2017.

7. Antara lain pembabitan Bocey dalam program berbentuk pertandingan seperti Super Spontan 2014, Super Spontan All Star 2015, Juara Parodi 2015, Super Spontan Superstar 2016 dan Super Spontan Xtravaganza.

8. Terkini, Achey bersama Abam dan penyanyi Black Hanifah membentuk sebuah lagi kumpulan komedi dinamakan 'Botak' bersempena penyertaan dalam pertandingan komedi, Muzikal Lawak Superstar 2019.

9. Tidak hanya berkemampuan melawak, Achey turut mengembangkan bakat seninya sebagai penyanyi, pencipta dan penulis lagu menerusi dua single yang dilahirkan berjudul Yang Terindah dan Anak. Video muzik 'Yang Terindah' nyanyiannya kini sudah mencapai 30 juta tontonan di laman Youtube.

10. Dalam bidang pengacaraan, beliau pernah mengendalikan rancangan Kintang Kintung bersama Allahyarham Harun Salim Bachik dan Gema Gegar Vaganza musim pertama (bersama Siti Nordiana dan Fikry Ibrahim).

11. Antara drama dibintanginya seperti Oh My English! Class Of 2015, Tanah Kubur musim ke-14 dan Tuyul Ke London. Termasuk telefilem Hantu Hostel, Samba Bola Kampung, Bocey Beraya, Qish Qish Qish dan Bocey Mencecey.

12. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa, Abang Long Fadil 2, Hantu Wangan dan Tiada Tajuk.

13. Pemegang trofi Artis Baru Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013.

14. Menamatkan zaman bujang dengan Nur Hassanah binti Yahya atau lebih dikenali sebagai Anne dan selepas lapan tahun perkahwinan tanpa zuriat, mereka memutuskan untuk mengambil anak angkat yang baru dilahirkan bernama Nur Tiara Zinnirah Mohd Nasir pada tahun 2018.

    

Baca: Biodata Pelawak Abam Bocey

Baca: Biodata Pelawak Fad Bocey

Baca: Biodata Pelawak Ali Puteh, Adik Abam Bocey

      

Foto

achey bocey nornatasha hamzah

achey bocey nor hasanah yahaya

achey bocey anak

muzikal lawak superstar akhir

anak angkat achey

Kredit foto: Instagram @acheykintangkintung

   

Video

Kredit video: Youtube Viral Media

   

Sumber:

1. Wikipedia Achey Bocey

2. Wikipedia Maharaja Lawak Mega

3. Sambut Raya Bertiga, Achey Ambil Anak Angkat

4. Black, Abam Beraksi Malam Ini Tanpa Achey

5. Adik Achey Berentap Dalam Gegar Lawak

6. Hijjaz, Hafiz Hamidun, Bienda, Ana Rafali Antara Peserta Gema Gegar Vaganza

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)