Oleh pada 08 Dec 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Filem aksi komedi animasi komputer, Mechamato yang dihasilkan oleh Animonsta Studios dan diedarkan oleh Astro Shaw, merupakan sebuah filem adiwira Malaysia terbitan tahun 2022.

Francais siri BoBoiBoy yang juga merupakan prekuel kepada siri animasi Mechamato: The Animated Series ini dijadualkan akan dikeluarkan di Malaysia dan Brunei pada 8 Disember 2022.

mechamato movie

Kredit foto: Instagram TGV Cinemas

Trivia

1. Mechamato Movie berlatarkan sebuah bandar fiksyen, namun ia diilhamkan daripada kampung halaman penciptanya di Bandar Hilir di Bandaraya Melaka.

2. Walaupun filem ini adalah animasi, ia dalam masa sama menampilkan keunikan budaya Malaysia seperti silat, budaya peranakan dan makanan tempatan. Ia juga disulam dengan elemen futuristik seperti robot dan kapal angkasa.

3. Amato, ayah BoBoiBoy, membuat penampilan 'cameo' pertamanya di penghujung kredit BoBoiBoy Movie 2.

4. Filem ini disenaraikan akan mempunyai durasi selama 122 minit.

Sinopsis

Bapa BoBoiBoy, Amato bertemu dengan MechaBot secara tidak sengaja, apabila sebuah kapal angkasa misteri terhempas di Bumi.

MechaBot ialah sebuah robot berkuasa yang mampu 'mechanize' dengan objek lain. Amato menjadi tuan kepada MechaBot yang membolehkannya menggunakan kuasa unik MechaBot untuk menukar objek seharian menjadi alat yang berteknologi tinggi.

Konflik timbul apabila dia berhadapan dengan makhluk asing jahat bernama Grakakus, yang ingin merampas MechaBot dari tangan Amato. Bolehkah superhero baharu Mechamato ini menghentikan ancaman dari Grakakus?

Baca: (Dikemaskini) Jadual Jumlah Kutipan Filem Mechamato Movie

Baca: 10 Filem Melayu Terbaru 2022 - Mesti Tonton!

mechamato movie film

Kredit foto: Instagram BoBoiBoy

Pelakon / Cast

Barisan pelakon yang meminjamkan suara untuk mengisi watak-watak dalam animasi tersebut termasuklah Armand Ezra, Adzlan Nazir, Ielham Iskandar, Marissa Balqis, Syabil Syamin dan Anas Abdul Aziz.

Baca: Biodata Armand Ezra, Pelakon Suara Amato Filem Mechamato Movie

Watak Pelakon

Armand Ezra sebagai Amato / Mechamato

Adzlan Nazir sebagai MechaBot

Ielham Iskandar sebagai Pian

Marissa Balqis sebagai Mara

Syabil Syamin sebagai Deep

Anas Abdul Aziz sebagai Aba

mechamato movie 2022

Kredit foto: Instagram GSC Movies

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Filem arahan Nizam Abd Razak ini dihasilkan oleh syarikat animasi Malaysia, Animonsta Studios, manakala edaran dilaksanakan oleh Astro Shaw.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Temaniku - Yonnyboii Official Music Video

Tajuk: Temaniku

Penyanyi: Yonnyboii

Komposer: Yonnyboii, Fitri Zain

Penulis lirik: Yonnyboii

mechamato movie gsc

Kredit foto: Instagram GSC Cinemas

Tarikh Tayangan

Mechamato Movie pada asalnya dijadualkan untuk tayangan pada tahun 2020, namun ditangguhkan kerana penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Penerbitan filem itu kemudian ditunda beberapa kali, dari November atau Disember 2020 kepada Mac 2021 kepada Mei atau Jun 2021 dan akhirnya sehingga penghujung 2021, tetapi tidak menjadi kenyataan kerana keadaan yang tidak menentu dan vaksinasi wabak COVID-19.

Ianya kemudian telah diumumkan bahawa filem ini akan ditayangkan secara serentak di dua buah negara mulai 8 Disember 2022 termasuk Malaysia dan Brunei.

Bagi negara lain, tayangan dirancang bermula dari 2023.

    

Kredit video: Mechamato The Movie Film - (Belanja) 10 MINIT PERTAMA! Full Movie Release Date 8 Disember 2022




Hakcipta iluminasi.com (2017)