Oleh pada 08 Nov 2023 kategori

Kredit foto: Netflix Malaysia

        

Filem "Zaara - Bukan Nama Aku" yang merupakan gabungan genre seram dan komedi, serta diterbitkan pada tahun 2022, telah ditayangkan di Netflix sejak 27 Oktober 2023 yang lalu.

          

filem zaara

Kredit foto: Redfiress Film Production

        

Sewaktu dilancarkan, ia memegang kedudukan teratas dalam carta filem yang paling banyak ditonton oleh rakyat Malaysia dalam penstriman tersebut.

         

zaara movie melayu

Kredit foto: Netflix Malaysia

        

Filem ini mengandungi nama-nama terkenal tanah air dalam senarai pelakonnya, iaitu Kamal Adli, Datuk AC Mizal, Atikah Suhaime, Syaiful Zero, Pak Ya Sepahtu (Ilya Buang), Rykarl Iskandar, Azlee Senario, Adam Shahz dan ramai lagi.

          

Sinopsis Zaara - Bukan Nama Aku

Zaara mengisahkan tentang Remy (Kamal Adli) merupakan seorang pemuda dalam usia 20-an yang berwajah tampan dan penuh dengan kelucuan. Dia amat gemarkan perlumbaan kereta.

Meskipun mempunyai keluarga dan rakan-rakan yang penyayang, satu sifat yang sangat aneh tentangnya adalah dia amat penakut pada hantu.

Ketakutan Remy terhadap hantu sangat teruk, hingga dia tidak boleh keluar rumah pada waktu malam dan masih tidur bersama kedua ibu bapanya. Ketakutannya begitu serius sehingga sebarang sebutan perkataan "takut" boleh membuatkannya panik dan lari tanpa arah. Remy sangat takut dengan hantu dan sentiasa bersama kawan rapatnya, Budi (Syaiful Zero).

Permulaan cerita berlaku ketika Remy bertemu dengan Maya (Atikah Suhaime) di pameran kereta dan jatuh cinta pada pandangan pertamanya. Kebetulan, Maya merupakan sepupu kepada Budi.

Remy meminta Budi untuk membantu dia memperkenalkan diri kepada Maya dan meyakinkan Budi agar membuka jalan baginya untuk mendekati Maya. Akhirnya, dengan sokongan Budi, Remy berjaya menjadi sahabat Maya. Budi terpaksa menyembunyikan masalah Remy daripada Maya kerana Remy takut untuk keluar pada waktu malam.

Keadaan ini mencetuskan masalah besar bagi Remy kerana dia sangat malu untuk mendedahkan ketakutannya kepada Maya. Dia terpaksa menanggung tekanan untuk pergi keluar pada temu janji dengan Maya, kerana ketakutan pada malam sangat membebankannya.

Suatu hari, semasa Remy dalam perjalanan pulang, dia terlibat dalam satu kemalangan kereta yang serius. Pada masa yang sama, dia pulang ke rumah tidak seorang diri. Dia menemui seutas rantai yang aneh yang telah membawanya ke dalam siri tragedi.

Ternyata ada entiti jahat yang menemani Remy ketika dia pulang. Kejadian-kejadian aneh mula menghantui hidup Remy. Keluarganya terpaksa mencari jalan untuk membawa Remy kembali kepada dirinya yang sebenar.

Dendam entiti yang mengikuti Remy hanya boleh diselesaikan oleh Remy sendiri dan dia perlu mencari cara untuk melaksanakannya.

         

Baca: 10 Filem Seram Netflix Malaysia Paling 'Berhantu' (2023) - Wajib Tonton!

         

zaara movie 2022

Kredit foto: Instagram Astro First

         

Pelakon / Cast

Filem 'Zaara' menampilkan tiga pelakon terkenal sebagai pendukung watak utama, iaitu Kamal Adli, Datuk AC Mizal dan Atikah Suhaime.

Untuk memeriahkan lagi jalan cerita, pelakon-pelakon seperti Syaiful Zero, Pak Ya Sepahtu (Ilya Buang), Rykarl Iskandar, Azlee Senario, Adam Shahz, Azlan Komeng, Wan Gegau, Epy Kodiang, Ain Awok dan Aril Raja Lawak (RL), turut membintangi naskhah ini.

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Dengan arahan daripada pengarah Roy, Zaara diperkemaskan dengan kerjasama penulis skrip, Epy Kodiang dan dikeluarkan oleh syarikat produksi JROI Global Film Sdn Bhd dan Redfiress Film Production.

       

Tarikh Tayangan

Tarikh mula tayang filem 'Zaara' di pawagam seluruh Malaysia adalah pada 29 Disember 2022.

         

zaara netflix

Zaara dan Jemputan Ke Neraka adalah sebahagian daripada koleksi filem Melayu terbaru yang ditawarkan di Netflix. Kredit foto: Netflix Malaysia

          

Dari layar perak, penonton berpeluang untuk menyaksikan filem ini di skrin televisyen melalui pawagam rumah, Astro First mulai 15 April 2023.

Filem yang memikat hati ramai ini turut hadir di platform penstriman video terkenal, Netflix mulai 27 Oktober 2023.

         

Durasi: 1 jam 50 minit

         

Kredit video: Filem ZAARA - Full Official Movie Trailer, Malay Film

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)