Oleh pada 23 Nov 2023 kategori

Kredit foto: Instagram GSC Cinema

       

Filem War On Terror: KL Anarki dijangka bakal menggoncang adrenalin seluruh peminat filem aksi tanah air.

         

kl anarki movie

Kredit foto: Instagram GSC Cinema

         

Bermula pada 23 November 2023, filem yang dinantikan oleh ramai ini akan dilepaskan secara rasmi di pawagam-pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei.

Barisan pelakon yang mewarnainya antaranya Aedy Ashraf, Farali Khan, Qi Razali, Daiyan Trisha, Adlin Aman Ramlie, Wan Hanafi Su dan Noki K-Clique.

       

Sinopsis

Khalid (Aedy Ashraf), seorang anggota polis yang bersifat pemberontak daripada Pasukan Khas Elit (Elite Special Force) mempunyai matlamat untuk membuktikan bahawa dia mampu bekerjasama sebagai satu pasukan dalam menangani pengganas di Kuala Lumpur.

Di awal kisahnya, sejumlah pengganas yang dipimpin oleh Lang (Qi Razali) telah melakukan serangan meletupkan sebuah stesen kereta api di Pantai Timur.

Tugasan siasatan ke atas kes itu diserahkan kepada pasukan khas unit antipengganas polis yang diketuai oleh Senior Asisten Komisioner Rahman (Adlin Aman Ramlie) bersama anggotanya Khalid, Anis (Farali Khan), Zack (Noki K-Clique) dan Bob (Kahoe Hon).

Hasil siasatan menunjukkan bahawa terdapat kemungkinan serangan pengganas yang lebih bakal berlaku di ibu kota Kuala Lumpur.

Semasa melaksanakan serbuan (berdasarkan maklumat risikan), Lang akhirnya berjaya ditangkap, namun adiknya, Joe (Naque Ariffin) mengambil langkah melepaskan diri.

Dengan ancaman Joe untuk meletupkan Kuala Lumpur, sekiranya Lang tidak dibebaskan, keadaan menjadi rumit dan polis terpaksa bergegas kerana ancaman pengganas ini boleh menyebabkan banyak kematian di Kuala Lumpur.

       

Baca: 8 Filem Melayu Malaysia Terbaru (2023) Wajib Tonton!

         

war on terror

Kredit foto: Instagram TGV Cinema

        

Pelakon / Cast

Menghadirkan Aedy Ashraf, Farali Khan, Qi Razali, Daiyan Trisha dan Adlin Aman Ramlie sebagai teraju utama watak lakonan, mereka yang merupakan bintang-bintang popular di tanah air kita.

Watak-watak sampingan diwakili oleh Wan Hanafi Su, Noki K-Clique, Kahoe Hon, Naque Ariffin, Samarinna Tolhip, Sasidaran Subramaniam, Daniel Gan dan Laura Olivia.

        

Watak Pelakon

Aedy Ashraf sebagai Khalid

Farali Khan sebagai Anis

Qi Razali sebagai Lang

Adlin Aman Ramlee

Noki K-Clique sebagai Zack

Kahoe Hon sebagai Bob

Naque Ariffin sebagai Joe

Samarinna Tolhip sebagai Rita

          

kl anarki

Kredit foto: Instagram GSC Cinema

       

Pengarah Dan Syarikat Produksi

War On Terror : KL Anarki diarahkan oleh pengarah Kroll Azry dan Frank See dengan bantuan penulis skrip Nazri M. Annuar dan dikeluarkan oleh syarikat produksi Multimedia Entertaiment.

         

kl anarki war on terror

Kredit foto: Instagram Astro Shaw Sdn Bhd

         

Tarikh Tayangan

Peluncuran filem yang dinanti-nantikan ramai ini akan menggegarkan pawagam secara rasmi bermula pada 23 November 2023 di seluruh Malaysia dan Brunei.

         

Genre: Aksi, Jenayah

Durasi: 1 jam 40 minit

        

Kutipan

Hingga kini berjaya mengumpulkan kutipan berjumlah 3.9 juta.

          

Kredit video: Filem War On Terror: KL Anarki - Full Official Movie Trailer, Malay Film

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)