muaz fitri biodata

Kredit foto: Instagram Muaz Fitri Maslan

   
Siapa Muaz Fitri Maslan? Muaz Aidil Fitri Maslan atau lebih dikenali ramai dengan nama Muaz Fitri merupakan antara pelakon yang menjayakan drama bersiri slot Samarinda TV3, Takdir Yang Tertulis dengan membawa peranan watak antagonis bernama Hakim.
  
Karya pengarah Shahrulezad Mohameddin (Budak Ijat) itu antara lain turut menampilkan pelakon Nazim Othman, Nad Zainal, Alvin Chong, Elvina Mohamad, Iman Suhana dan ramai lagi.
   

Biodata / Profile / Latar Belakang

  • Pemilik nama penuh Muaz Aidil Fitri bin Maslan.
  • Popular sebagai Muaz Fitri atau Muaz Fitri Maslan.
  • Berumur 30 tahun.
  • Menetap di Kuala Lumpur.
  • Berasal dari Shah Alam, Selangor.
  • Kelahiran 26 April di Hospital Engku Ampuan Rahimah Klang, Selangor.
  • Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan Jaya.
  • Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai seorang pelakon, model dan usahawan.
  • Antara drama dibintanginya seperti Cari Aku Di Syurga, Pesan Pada Hati, Dosa Semalam, Lara Syakila, Setiaku Di Sini dan Kekasih Upahan.
  • Termasuk siri Misiku Kuza, Aurora Aisyah, Origami Kasih, Baby Ana Milik Siapa, Seharum Kasih dan Takdir Yang Tertulis.
  • Laman sosial Instagramnya, @muazfitrimaslan sehingga kini mengumpul lebih 20,000 pengikut.
   

Fakta Menarik

  • Berketinggian 174 sentimeter (cm).
  • Juga merupakan seorang 'gamer'.
  • Sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pengurusnya, Qaseh Anita Abd Shukor yang 15 tahun lebih tua berbandingnya.
  • Merancang untuk berkahwin dalam tempoh terdekat.
  • Pernah bertubuh badan gempal suatu masa dahulu.
   
   

Foto

muaz fitri
takdir yang tertulis 454
muaz fitri ig
muaz fitri maslan
muaz fitri wikipedia
drama takdir yang tertulis 173
muaz fitri instagram
takdir yang tertulis tv3
muaz fitri kahwin
muaz fitri umur  

Kredit foto: Instagram Muaz Fitri Maslan

   
Sumber:
   


Hakcipta iluminasi.com (2017)