Kredit foto: Instagram Elvina Mohamad

   

Nama Datin Norzalina Mohamad atau nama komersialnya, Elvina Mohamad bukanlah asing lagi dalam lapangan seni lakonan.

Beliau pernah meledak menerusi drama rantaian Cinta Si Wedding Planner, Shhh... I Love You, dan Jojie Gigil.

Terkini, pelakon yang sudah bergelar ibu ini bakal membintangi drama bersiri terbaharu di slot Megadrama berjudul 'Demi Rindumu' yang menampilkan pasangan pelakon Janna Nick dan Sean Lee sebagai teraju utama.

   

Biodata

1. Nama sebenarnya, Norzalina binti Mohamad. Menggunakan 'Evina Mohamad' sebagai nama komersial. Juga mesra disapa Elvina Teylv dan Elvina Dayana.

2. Lahir pada 25 Januari 1995 di Teluk Intan, Perak. Kini berusia 24 tahun.

3. Anak kepada pasangan Mohamad Ibrahim (bapa) dan Mariah Husin (ibu) yang juga merupakan anak bongsu daripada dua orang adik-beradik.

4. Berdarah campuran Siam dan Melayu.

5. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

6. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

7. Merupakan pelakon yang mula aktif dalam dunia seni sejak tahun 2014.

8. Namanya melonjak selepas membintangi drama Cinta Si Wedding Planner, Shhh... I Love You, dan Jojie Gigil.

9. Lain-lain drama lakonannya seperti Baby Ana Milik Siapa, Mariam Alisa, Suamiku Paling Sweet, Isteri Untuk Diiktiraf dan Ti Amo Sweetheart 100 Hari.

10. Termasuk telefilem Bella Mencari Cinta, Bening Cahaya Maulid, Kung Fu Kaw, Imamkan Aku dan Muara.

11. Pembabitannya di layar lebar menerusi filem Mat Moto Otai dan Zombitopia.

12. Mendirikan rumah tangga dengan usahawan permotoran, Datuk Mohd Haniff Borhan pada 18 Mac 2018 sebelum menerima kelahiran anak lelaki dinamakan 'Karl Mateen' pada 30 November 2018.

   

Foto

elvina mohamad instagram

elvina mohamad cerai

elvina mohamad suami

elvina mohamad drama list

biodata suami elvina mohamad

Kredit foto: Instagram Elvina Mohamad

   

Video

Kredit video: #SuDyrTanya Episod 28 Live chat bersama Elvina Mohamad

   

Sumber:

1. Wikipedia Elvina Mohamad

2. Elvina Teguh Hadapi Dugaan

3. Tuah Nama Elvina

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)