Kredit foto: Instagram @ucheefukada

Biodata

1. Nama sebenarnya, Nurlina Syafiqah Zakbah.

2. Berusia 29 tahun.

3. Mendapat perhatian selepas melakonkan watak wanita bermulut bertih bernama 'Uchee Hanat' dalam drama bersiri Nur 2 arahan Shahrulezad Mohameddin. Beliau asalnya hanyalah pelakon 'bidan terjun' yang dipilih saat-saat akhir ketika menjalankan peranan sebagai pembantu pengarah.

4. Sebelum ini, beliau yang bukanlah seorang pelakon sepenuh masa itu pernah lima kali dipilih sebagai pelakon bidan terjun.

5. Terkenal dengan dialog ‘wongshe wongshe’ yang sering dituturkannya.

6. Mempunyai asas lakonan kerana terlebih dahulu menuntut dalam bidang seni persembahan dengan pengkhususan dalam bidang teater di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

7. Merupakan ibu kepada tiga orang anak.

8. Daripada asalnya hanya 3,000 orang pengikut di Instagram di kalangan kenalan rapat, beliau kini mampu berbangga dengan hampir 60,000 pengikut!

9. Berkebolehan bercakap dengan pantas hingga ada netizen yang menggelarkannya 'rapper'.

10. Pengarah Nur 2 merancang untuk mengembangkan watak 'Uchee Hanat' dalam sebuah lagi karya komedi terbaharu. Ia disambut baik oleh Uchee andainya direalisasikan.

       

Info Drama Nur 2

  • Hasil arahan dan tulisan Shahrulezad Mohameddin.
  • Lakonan Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Raja Atiq, Eyra Hazali, Noorkhiriah, Azhan Rani, Mathni Razak, Datuk Jalaluddin Hassan dan Fatimah Abu Bakar.
  • 'Tetap Kamu' dipopularkan Amylea Azizan dan Megat dipilih sebagai lagu tema.
  • Ke udara selama 15 episod dengan siaran pembukaannya pada 2 April, berakhir 25 April lalu. Ditayangkan menerusi slot Samarinda pada 10 malam di saluran TV3.
  • Terbitan syarikat Radius One Sdn Bhd.
  • Diklasifikasikan sebagai PG13 iaitu kategori penonton berusia 13 tahun ke atas, dengan bimbingan ibu bapa.

Foto

biodata uchee fukada pelakon drama nur 2 2

biodata uchee fukada pelakon drama nur 2 3

biodata uchee fukada pelakon drama nur 2 4

biodata uchee fukada pelakon drama nur 2 5

biodata uchee fukada pelakon drama nur 2 6

biodata uchee fukada pelakon drama nur 2 7

Kredit foto: Instagram @ucheefukada

       

Sumber:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)