Oleh pada 10 Mar 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Romantika 4 Hari 3 Malam yang diadaptasikan daripada novel berjudul sama karya novelis Wizana Emilia ini merupakan sebuah drama rantaian Malaysia 2021 yang diarahkan oleh sutradara Nizam Zakaria.

Siri slot Lestary TV3 ini membariskan barisan para pelakon ternama seperti Sean Lee, Amelia Henderson, Syafi Tee, Wafariena Roslan, Nynaa Harizal dan ramai lagi.

   

romantika 4 hari 3 malam 192

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

Sinopsis

Lana Analia (Amelia Henderson) merupakan seorang penulis rencana ruangan Blind Date yang menghadiri pelbagai janji temu dengan beberapa jejaka. Pelbagai ragam ditemuinya - ada yang 'playboy', cakap besar, anak manja, berlagak sombong, selekeh, pengotor, malah si psiko pun ada!

Lana meluahkan kekecewaan berkenaan janji temu yang dihadiri, melalui artikel-artikel yang dihasilkan - sehinggakan ruangan penulisannya mendapat perhatian meluas.

Hadiah percutian eksklusif 4 hari 3 malam di Pulau Impian yang dimenangi Lana membawanya ke sebuah pertemuan yang tidak dirancang. Seorang pemuda panas banas telah berjaya mencuri jiwa Lana, lalu terciptalah momen-momen indah di pulau berkenaan.

   

Namun, belumpun kata-kata cinta diluahkan, salah faham yang timbul membuatkan Amar (Sean Lee) meninggalkan pulau itu serta-merta, hinggakan Lana menjadi buntu dan keliru, akibat ditinggalkan tanpa pesan.

   

Lana cuba menghubungi Amar, namun lelaki itu seolah hilang tanpa jejak.

Meskipun masih merindui, Lana akur meneruskan rutin kehidupannya seperti biasa. Pelbagai dugaan muncul dalam kerjayanya sebagai seorang penulis. Lana menerima pelbagai bentuk gangguan termasuk warkah-warkah biru daripada seorang lelaki misteri yang menakutkan.

   

Tidak lagi mampu bertahan, Lana bersedia melepaskan jawatannya. Sebuah penulisan terakhir dalam ruangan Blind Date yang dikarangnya, diilhamkan daripada percutian indahnya bersama Amar yang tak mampu dilupakan.

Mampukah kata-kata cinta yang tertangguh diungkapkan?

pelakon romantika 4 hari 3 malam

Kredit foto: Instagram Wizana Emilia

        

Pelakon

Diterajui Sean Lee dan Amelia Henderson.

Penampilan bersama Syafi Tee, Wafariena Roslan, Nynaa Harizal, Daniesh Suffian, Oshin Ahmad, Izzendra, Aida Aris, Zila Bakarin, Dottie, Lisdawati, Sahronizam Noor dan Jesse Lim.

Baca: Biodata Sean Lee

Baca: Biodata Amelia Henderson

Baca: Biodata Syafi Tee

Baca: Biodata Wafariena Roslan

Baca: Biodata Nynaa Harizal

Baca: Biodata Daniesh Suffian

romantika 4 hari 3 malam drama

Kredit foto: Instagram Nizam Zakaria

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Menggunakan khidmat arahan sutradara Nizam Zakaria. Terbitan produksi Wiranusa Corporation Sdn Bhd.

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Masih Ada

Penyanyi: Naqiu

Komposer:  Naqiu

Penulis lirik: Wit Mohsen

            

romantika 4 hari 3 malam episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

  

Waktu Siaran

Siaran Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di slot Lestary TV3 untuk tayangan selama 13 episod, mulai 10 Mac 2021.

Kredit video: Opening Montaj Romantika 4 Hari 3 Malam

      

Sumber:

1. Drama Sangat

2. Novel Romantika 4 Hari 3 Malam

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)