Oleh pada 13 Jul 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

       

Drama Persepsi merupakan hasil karya daripada penerbit filem blockbuster dalam industri perfileman Malaysia, Skop Productions, yang kini menjejaki dunia drama di Astro Ria, menerusi slot Gempak Original Series.

Seawal episod pertama tayangannya di saluran berbayar itu, drama ini telah menerima sambutan hangat daripada penonton dan menduduki carta trending di laman sosial Twitter.

        

persepsi astro

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Sinopsis

Daya, Nad dan Jessie merupakan tiga sahabat sejak zaman sekolah yang sekarang telah dewasa dan menjalani kehidupan kerjaya masing-masing. Pada suatu hari, mereka merancang untuk pergi bercuti dan melepaskan penat dari masalah kehidupan di sebuah vila terpencil yang bernama Indigo Resort, iaitu sebuah wellness resort.

Di sana, mereka mengikuti program healing yang dianjurkan. Namun, kegembiraan mereka berubah menjadi mimpi ngeri apabila mereka dihantui oleh kejadian-kejadian seram selepas meminum ramuan biru aneh yang dipanggil "Ocean Blue".

Ketiga-tiga wanita ini terus berusaha menyesuaikan diri dengan program lima hari yang disediakan, tetapi mereka masih berasa kekok selepas pengalaman yang tidak menyenangkan pada malam pertama.

Mereka diarahkan untuk menguruskan segala urusan sendiri walaupun dengan bayaran yang tinggi. Malah, polisi di sana menetapkan pengunjung untuk melepaskan peranti elektronik mereka untuk disimpan.

Keadaan semakin tegang apabila Daya dan Jessie naik angin, namun pihak hotel memanggil mereka untuk mengikuti sesi yoga demi mendapatkan ketenangan semula.

Daya cuba untuk kembali ke bandar kerana dipanggil untuk urusan kerja yang penting, namun dia telah dihalang. Nad mengingatkannya bahawa mereka telah berjanji untuk menghabiskan masa bersama-sama selama lima hari. Mereka juga dinasihat untuk terus berada di resort oleh rakan-rakan mereka, Shah dan Azri, yang baru tiba. Pada masa yang sama, ada seseorang yang memerhatikan pergerakan mereka di resort tersebut.

Mereka mengharapkan percutian itu dapat memberikan ketenangan kepada diri, tetapi banyak perkara yang berlaku. Kisah hitam Nad mula satu persatu menghantui dirinya. Dalam masa yang sama, kedengaran suara misteri yang memanggil nama Jessie dan dia dihantui oleh seorang gadis bermata merah yang menakutkan.

Di satu ketika, lima sekawan ini sesat di dalam hutan selepas berjam-jam cuba mencari jalan pulang ke resort. Tanpa diduga, mereka terserempak dengan sebuah kumpulan yang sedang menjalankan upacara misteri. Siapakah mereka sebenarnya? Gerak-geri pihak hotel juga semakin mencurigakan. Dari kegembiraan menjadi keraguan, mereka sedar ada sesuatu yang tidak kena di vila itu. Apakah yang sebenarnya sedang berlaku?

       

Baca: 8 Filem, Drama Seram Melayu 'Berhantu' Terbaru (2023), Mesti Tonton!

        

drama persepsi

Kredit foto: Instagram Ali Reza Kavoossi

         

Pelakon / Cast

Drama psikologi thriller dan seram ini menampilkan nama-nama popular dalam industri hiburan semasa yang memegang watak utama sebagai lima sekawan iaitu Mimi Lana, Julia Farhana Marin, Alicia Amin, Ali Reza dan Fezrul Khan.

Watak-watak sampingan pula diisi oleh Jasmine Kaar, Josiah Hogan, Hasnul Rahmat, Hariz Othman, Izzendra, Azwan Serigala, Badsham, Hairi Ghani dan Adam Yusuf.

        

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Mimi Lana

         

Watak Pelakon

Mimi Lana sebagai Daya

Julia Farhana Marin sebagai Nadia

Alicia Amin sebagai Jessie

Ali Reza Kavoossi sebagai Azri

Fezrul Khan sebagai Shah

Jasmine Kaar sebagai Carmen

Josiah Hogan sebagai Kai

Hasnul Rahmat sebagai Insp. Rashidi

Izzendra sebagai Lin

Hariz Othman sebagai Sarjan Lokman

Azwan Serigala sebagai Budi

Hairi Ghani sebagai Joe

Adam Yusuf sebagai Azman

Badsham sebagai Chef

           

sinopsis persepsi

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

          

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Siri drama yang dinamakan Persepsi ini, diterbitkan oleh Skop Productions Sdn Bhd, diarahkan oleh Tony Pietra Arjuna dan naskhah skripnya ditulis oleh June Tan.

          

Lagu Tema (OST)

Tajuk: In My Head oleh Nick Kingsley

           

persepsi astro ria

Persepsi, sebuah karya bukan adaptasi novel. Kredit foto: Instagram Astro Gempak

           

Waktu Siaran

Persepsi, sebagai drama berepisod, telah ditayangkan sebagai kandungan baharu dalam slot Gempak Original Series yang menghantui penonton mulai 29 Jun 2023 setiap hari Khamis, pukul 11 malam di Astro Ria (saluran 104). Drama ini juga boleh ditonton secara streaming melalui aplikasi Astro Go, Sooka dan platform On Demand untuk memudahkan pengguna menonton secara fleksibel.

        

Tajuk cerita? Persepsi

Berapa episod? 8 episod

Setiap hari apa? Khamis

Bila tayang? Jam 11 malam

Tonton di mana? Astro Go dan platform online, Astro Go dan Sooka

       

Kredit video: Barang Peribadi Semua Kena Rampas? Resort Jenis Apa Ni? - PERSEPSI - EPISODE 1 | PART 3

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)