Kredit foto: Instagram Fahad Iman

   

Siapa Fahad Iman? Mohamad Fahad Iman Mohd Zulhissham atau nama popularnya, Fahad Iman merupakan antara pelakon yang memegang peranan dalam siri televisyen Memoir Karmila arahan Bahri Umar.

Drama rantaian siaran Slot Widuri TV1 (RTM) itu antara lain menampilkan lakonan Aedy Ashraf, Atikah Suhaime, Ikmal Amry, Afifah Nasir, Nadia Aqilah, Zarynn Min, Fauzi Nawawi, Nik Rifaie, Fazlina Ahmad Daud, Zaefrul Nordin, Dato Ts Jeffry, Laila Nasir dan Rafe Sumantri.

   

Untuk info penuh, baca artikel: Info Dan Sinopsis Drama Memoir Karmila

   

Biodata Dan Latar Belakang 

  • Nama sebenarnya, Mohamad Fahad Iman bin Mohd Zulhissham.
  • Menggunakan nama komersial, Fahad Iman.
  • Berumur 27 tahun.
  • Kelahiran Subang Jaya, Selangor pada 31 Mac 1993.
  • Berkelulusan dalam Jurusan Seni Persembahan daripada Universiti Sunway.
  • Bergiat dalam dunia hiburan sejak tahun 2014 sebagai pelakon, aktivis teater dan model.
  • Namanya mula melonjak selepas memegang peranan watak dalam drama bersiri fenomena, Suri Hati Mr. Pilot dan Isteri vs Tunang.
  • Lain-lain drama dibintanginya seperti Sayang Papa Saya Tak, Ku Kirim Cinta, Bimbi & Bonni Misi 007, Ti Amo Sweetheart 100 Hari, Alamatnya Cinta dan Aku Cinta Dia.
  • Termasuk telefilem Anak Mat Salleh Tapi Melayu, Interview Jodoh, Kekasih Elektrik, Ana Love Ente dan Romeo vs Juliet.
  • Pembabitannya di layar perak menerusi filem We Were The Best dan KL24: Zombies.
  • Beberapa iklan komersial yang pernah dijayakannya termasuk Maggi, KFC, Toyota, Coca-Cola Zero, Shell, UniFi dan McDonald's.

    

Fakta Menarik

  • Berdarah campuran Melayu, Cina dan Arab.
  • Arwah datuknya berasal dari Yamen yang kemudiannya berhijrah ke Malaysia.
  • Mendapat tempat dalam bidang seni menerusi pembabitan dalam pementasan teater termasuk iklan komersial, sebelum terjun ke lakonan televisyen.
  • Memulakan karier awal sebagai pelakon ekstra.
  • Pengarah Michael Ang merupakan individu yang bertanggungjawab menawarkan kerja lakonan pertama kepadanya selepas dia menghantar profil kepada semua syarikat produksi tempatan.
  • Meminati dunia fotografi.
  • Menjadikan R&B sebagai citarasa muzik kegemarannya.
  • Keunikan bibir tebal yang dimiliki dianggap sebagai aset yang membezakannya dengan pelakon baharu lain.

   

Foto

instagram fahad iman

wikipedia fahad iman

fahad iman 861

memoir karmila 580

keluarga fahad iman

drama fahad iman

siapa fahad iman

umur fahad iman

pelakon memoir karmila 167

Kredit foto: Instagram Fahad Iman

   

Video

Kredit video: Pandai Yaya cakap Korea, Fahad cakap Cina | Hannah Delisha, Fahad Iman, Yaya Zahir I 3 Gadis Manis

     

Sumber:

1. Fahad Mantapkan Ku Kirim Cinta

2. Bibir Tebal Aset Saya - Fahad Iman

3. Fresh Face 2016: Fahad Iman

4. Wo|Man Of Stail.My: Fahad Iman

5. Wikipedia Fahad Iman

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)