Oleh pada 20 Jun 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Nafiez Zaidi

     

Saat Aku Berpaling merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Othman Basri, dibintangi Nafiez Saidi, Heriyanto Hassan dan Jay Iswazir.

Drama bersiri ini memulakan tayangan perdana di slot Widuri TV1 bermula 20 Jun 2020 bagi menggantikan Memoir Karmila.

    

pelakon saat aku berpaling

Kredit foto: Instagram Nor Azilah Alias

   

Sinopsis

Selepas 13 tahun, Hashim kembali ke rumah Saudi bersama dengan anaknya, Faizal.

Faizal adalah seorang anak yang cukup taat terhadap kedua orang tuanya.

Soalan demi soalan yang dilayangkan Saudi tentang Rosnah, Farid dan Faizah telah membangkitkan kemarahan Hashim.

Apakah perkara sebenar yang telah berlaku?

Mengapakah Faizal dan Hashim pulang selepas belasan tahun lamanya?

Segalanya bakal terjawab dalam drama bersiri meruntun emosi, Saat Aku Berpaling.

    

saat aku berpaling episod

Kredit foto: Instagram Nor Azilah Alias

    

Pelakon

Menampilkan barisan para pelakon ternama seperti Nafiez Saidi, Heriyanto Hassan, Jay Iswazir, Dayang Areeda, Arja Lee, Suriati Baharom, Ziema Din, Ferth Jasni, Khairil Anwar Aman, Abil Qamaruzaman, Mysara Sufya, Asri Ismail, Fifi Faizah dan ramai lagi.

    

Baca: Biodata Pelakon Nafiez Zaidi

Baca: Biodata Pelakon Jay Iswazir

Baca: Biodata Pelakon Dayang Areeda

     

drama saat aku berpaling

Kredit foto: Instagram Nor Azilah Alias

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah drama daripada syarikat penerbitan Direct2U Productions Sdn Bhd dengan menggunakan khidmat arahan sutradara Othman Basri (Man Kobena).

   

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Khai Bahar - Luluh ( Official Music Video with lyric)

   

Tajuk: Luluh

Penyanyi: Khai Bahar

Komposer: Khai Bahar

Lirik: Khai Bahar

      

saat aku berpaling

Kredit foto: Instagram Nor Azilah Alias

   

Waktu Siaran

Tayangan setiap Khamis hingga Ahad, jam 7 petang di slot Widuri TV1 untuk siaran 13 episod mulai 20 Jun 2020.

   

Sumber:

1. Wikipedia Slot Widuri

2. Instagram TV1 RTM

3. Instagram Nafiez Zaidi

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)