Kredit foto: Instagram Eizlan Yusof

    

Dato' Sri Idris Md Yusof atau lebih dikenali sebagai Eizlan Yusof merupakan aktor Malaysia yang berasal dari Kuala Lumpur.

Beliau adalah bekas finalis pertandingan Hero Remaja 1993/1994 dan popular menerusi filem Kad Cinta, Panas dan Perempuan Melayu Terakhir.

    

Biodata

1. Nama sebenarnya Idris Md. Yusof. Menggunakan nama komersial Eizlan Yusof.

2. Lahir pada 14 Julai 1971 di Kuala Lumpur. Kini berusia 48 tahun.

3. Merupakan pelakon, pengarah, penulis skrip, penerbit dan ahli perniagaan yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1994.

4. Menempa populariti selepas terpilih sebagai antara finalis Hero Remaja 1993/1994.

5. Antara drama dibintanginya seperti Astana Idaman, Aku, Dia & Cape Town, Istikharah Cinta, Lara Aishah, Bukan Cinta Aku dan Puteri Yang Ditukar.

6. Termasuk telefilem Aisah Limah Puluh Sen, Keabadian Cinta, Di Mana Isteriku, Arafah, Rezeki Tanpa Alamat dan banyak lagi.

7. Pembabitannya di layar perak antaranya menerusi filem Kad Cinta, Lurah Dendam, Panas, Perempuan Melayu Terakhir dan Paskal.

8. Pemegang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin 1998 menerusi filem Panas. Turut merangkul Pelakon Lelaki Harapan melalui lakonannya dalam filem Perempuan Melayu Terakhir di Festival Filem Malaysia ke-14.

9. Mendirikan rumah tangga dengan Vie Shantie Khan pada tahun 2007 sebelum bercerai talak satu pada Februari 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka beroleh tiga orang zuriat iaitu Vie Zaara, 11, Zareef Yusof, 9, dan Vie Zaalia, 6.

10. Terkini, Eizlan bakal menamatkan zaman duda dengan seorang wanita bujang berketurunan Serani yang dikenali sebagai Natasha Rosa Boudville.

    

Info Hubungan Cinta Dengan Natasha Rosa Boudville

  • Hubungan bermula selepas diperkenalkan oleh rakan.
  • Selepas empat tahun berkawan, Eizlan akhirnya melamar Natasha pada September lalu.
  • Anak-anak Eizlan menerima baik kehadiran Natasha yang disapa sebagai 'Auntie Chacha'.
  • Eizlan dan Natasha berkongsi minat dalam sukan selam skuba.
  • Majlis perkahwinan bakal diadakan selama empat hari menerusi empat majlis iaitu malam berinai pada 11 Disember, akad nikah (12 Disember), majlis resepsi (13 Disember) dan malam penghargaan (14 Disember).
  • Eizlan bakal mengenakan persalinan perkahwinan istiadat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
  • Persiapan termasuk perjalanan majlis kesemuanya diuruskan dan ditaja oleh rakan Eizlan, manakala beliau hanya menyediakan hantaran dan membuat persiapan urusan yang wajib sahaja.

     

Foto

eizlan yusof

isteri eizlan yusof

eizlan yusof nak kahwin

eizlan yusof kahwin 615

wikipedia eizlan yusof

dato eizlan yusof

eizlan yusof ig 916

Kredit foto: Instagram Eizlan Yusof

    

Video

Kredit video: h live! - Datuk Seri Eizlan Yusof bakal tamatkan zaman duda

    

Sumber:

1. Wikipedia Eizlan Yusof

2. Eizlan bakal bernikah gadis Serani [METROTV]

3. Beza Usia 19 Tahun, Eizlan Yusof Bakal Tamatkan Zaman Duda Dengan Gadis Serani

4. Senior Hero Remaja Tamatkan Zaman Duda, Finalis Dewi Remaja 09/10 Pula Jadi Tunangan Orang

5. Inikah Natasha Yang Menjadi Pilihan Hati Datuk Seri Eizlan Yusof?

6. Eizlan Yusof Sahkan Akan Bernikah 12 Disember Ini

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)