Kredit foto: Instagram Nurin Afiqah

   

Siapa Nurin Afiqah? Nurin Afiqah merupakan antara pelakon yang membintangi drama bersiri TV3 berjudul Wifi Sebelah Rumah.

Siri arahan Shuhaimi Zulkefli yang bakal bersiaran tidak lama lagi itu antara lain menampilkan Zul Ariffin, Ruhainies, Asha Zainul, Fadlan Hazim dan ramai lagi.

   

Biodata / Profile / Latar Belakang

  • Pemilik nama penuh Nurin Afiqah Zulkifli.
  • Lebih dikenali sebagai Nurin Afiqah.
  • Berumur 24 tahun (2020).
  • Kelahiran Selangor.
  • Berkelulusan dalam bidang Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
  • Bergiat dalam dunia hiburan sebagai seorang pelakon.
  • Turut berkhidmat sebagai jurulatih zumba sejak empat tahun lalu, selain mengusahakan bisnes fesyen dan makanan.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @nurinafiqaaah sehingga kini mengumpul lebih 400,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Lebih selesa disapa Nurin.
  • Pernah menjadi bualan sensasi di laman Twitter pada Ogos 2019 selepas videonya menari zumba di koc Transit Aliran Masa (MRT) menjadi tular.
  • Videonya melakukan 'Bottlecap Challenge' pada Julai 2019 turut tular sekaligus meraih perhatian meluas.
  • Pernah dihina dan menjadi mangsa buli di sekolah sehingga pusat pengajian tinggi gara-gara ketidaksempurnaan gigi hadapannya suatu ketika dahulu.
  • Malah, angkara kekurangan dalam aspek rupa paras, sekumpulan pelajar di sekolahnya sanggup menubuhkan 'Kelab Anti Nurin' yang menentang dirinya.

   

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wifi Sebelah Rumah (Disney+ Hotstar)

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Wifi Sebelah Rumah Yang Ramai Tak Tahu!

      

Foto

nurin afiqah

nurin afiqah instagram

wifi sebelah rumah

siapa nurin afiqah

nurin afiqah tunang

nurin afiqah kahwin

nurin afiqah keluarga

wifi sebelah rumah drama

nurin afiqah profile

nurin afiqah umur

Kredit foto: Instagram Nurin Afiqah

   

Video

Kredit video: My Engagement Day! | Nurin Afiqah

   

Sumber:

1. “Ini apa yang saya suka” - Gadis jelita penuh yakin berzumba dalam MRT

2. Kerana gigi, jurulatih zumba tanggung derita 9 tahun... diejek, kena buli sampai ada Kelab Anti Nurin -“Orang cakap saya muka sampah”

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)