Kredit foto: Instagram iQIYI Malaysia
Ben Amir dan Rita Nadira bergandingan untuk menghidupkan sebuah lagi kisah drama melayu terbaharu, Dhia Kasyrani.
Novel karya Sophilea, 'Adanya Dhia', menjadi inspirasi kepada penceritaan ini yang kini diadaptasi ke layar kaca.
Kredit foto: Instagram Tanah Beris Film Production
Selepas tamatnya siri Luruhnya Bunga Cinta Musim 2, drama terbaru ini bersedia untuk menghidupkan slot Akasia.
Sinopsis
Dhia Kasyrani mengisahkan tentang seorang wanita muda, Dhia Kasyrani (Rita Nadira) yang kehilangan kedua ibu bapanya sejak usia 12 tahun. Kehilangan itu menjadi titik perubahan besar dalam hidup Dhia, yang membentuknya menjadi seorang wanita cekal, berani dan tegas. Sebagai pewaris masa depan Angsana Corporation, Dhia menjadikan tanggungjawabnya sebagai keutamaan, walaupun beban di bahunya tidak kecil.
Namun, perjalanan hidupnya tidak semudah kelihatan. Ketegangan timbul apabila bapa saudaranya, Dato’ Harris berkeras mahu menyatukan Dhia dengan seorang lelaki iaitu Cikgu Azri Mursyid (Ben Amir). Mursyid, seorang lelaki sederhana, jauh berbeza daripada Dhia dalam setiap aspek kehidupan. Apa yang menarik, mereka sebenarnya sudah saling mengenali sejak kecil, namun hubungan mereka lebih banyak dipenuhi dengan perdebatan dan pertelingkahan. Dua jiwa yang tidak pernah sehaluan tetapi kini ditakdirkan untuk bersatu.
Mursyid, dengan sifatnya yang sukar diduga, mengejutkan Dhia apabila bersetuju untuk menerima dirinya sebagai isteri. Bagi Dhia, keputusan itu ibarat satu beban tambahan yang tidak diminta. Padanya, dia tidak perlukan sesiapa untuk melindungi atau menjaga dirinya. Kehilangan ibu bapa pada usia muda telah mengajar erti berdikari dan dia percaya dia cukup kuat untuk terus berdiri sendiri tanpa kehadiran sesiapa di sisinya.
Dengan hati yang berat dan jiwa yang penuh pemberontakan, Dhia akhirnya tunduk pada kehendak bapa saudaranya. Dia menerima Mursyid sebagai suami, bukan kerana cinta, tetapi kerana rasa hormat dan patuh pada bapa saudara yang telah membesarkannya. Namun, di sebalik persetujuan itu, hatinya sarat dengan rasa gelisah yang tidak terungkap.
Selepas pernikahan, Mursyid membawa Dhia meninggalkan kehidupan di kota besar, menuju ke kampung halamannya yang sunyi dan terpencil — tempat dia mengajar dan menumpukan kehidupan. Bagi Mursyid, Dhia hanya seorang wanita bandar yang sombong dan lemah. Namun, Dhia menerima cabaran itu sebagai peluang untuk membuktikan bahawa dirinya jauh lebih kuat daripada yang disangka.
Di desa itu, Dhia terpaksa belajar menyesuaikan diri dengan cara hidup yang serba sederhana. Ironinya, dalam proses itu, dia perlahan-lahan mula melihat sisi lain Mursyid yang selama ini tersembunyi. Sifat tegas dan kedegilan lelaki itu, yang pernah menjengkelkan, kini mula mengetuk pintu hatinya.
Namun, persoalan besar masih tergantung — mampukah sebuah ikatan yang bermula tanpa cinta bertahan? Atau adakah ia hanya akan melahirkan lebih banyak luka dan konflik? Perjalanan hubungan mereka tidak mudah. Ia adalah kisah tentang kompromi, pengorbanan dan ketabahan. Setiap cabaran yang mereka hadapi bersama menguji sejauh mana kekuatan hati dan keikhlasan perasaan yang mula mekar di antara mereka.
Perkahwinan Dhia dan Mursyid jauh daripada damai. Kak Long Mursyid dan sepupunya, Sabrina jelas tidak merestui penyatuan itu. Dalam diam, mereka berusaha menggagalkan hubungan tersebut, dengan menggunakan pelbagai cara licik untuk menyingkirkan Dhia dari kehidupan Mursyid.
Namun, Dhia bukan wanita yang mudah tunduk. Dengan keberanian yang tersembunyi di sebalik kelembutannya, dia menghadapi setiap cabaran dengan kuat. Kata-kata tajam dan cubaan menjatuhkan semangat tidak pernah melemahkan hatinya. Malah, perlahan-lahan, Dhia berjaya mengubah pandangan orang sekeliling, termasuk Mursyid yang mula melihat sisi dirinya yang sebenar.
Di sudut lain, Mursyid, walaupun keras kepala dan penuh ego, memiliki hati yang dalam dan penuh kasih. Perjalanan emosinya terhadap Dhia adalah transisi yang menyentuh hati – dari prasangka dan ego, perlahan-lahan berubah menjadi cinta yang ikhlas.
Namun, ketika cinta mula berputik di antara mereka, hidup menguji sekali lagi. Ujian baharu muncul, menggoncang ikatan perkahwinan mereka yang belum kukuh sepenuhnya. Rahsia keluarga yang lama tersimpan mula terbongkar, mengancam untuk mengubah segala-galanya. Adakah Dhia dan Mursyid cukup kuat untuk bertahan? Atau mampukah rahsia itu menghancurkan segalanya yang telah mereka bina bersama? Masa depan rumah tangga mereka kini bergantung pada ketabahan cinta dan kekuatan hati yang diuji bertubi-tubi.
Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih (Slot Samarinda TV3)
Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa (iQIYI Malaysia)
Baca: 10 Drama Melayu Terbaru TV3 Mesti Tonton (2024), Juga Tersedia Online!
Baca: 10 Drama Melayu Terbaru Astro Mesti Tonton (2024), Juga Tersedia Online!
Kredit foto: Instagram Shuhaimi Lua
Pelakon / Cast
Penceritaan Dhia Kasyrani dipimpin oleh lakonan Ben Amir dan Rita Nadira, yang memegang peranan utama dalam drama ini.
Kredit foto: Instagram Shuhaimi Lua
Watak-watak sampingan diperkukuhkan oleh pelakon-pelakon hebat yang tidak asing di kalangan peminat drama Melayu, seperti Reen Rahim, Aida Khalida, Wanie Ooi, Rahim Jailani, Jihaa Sham, Ferth Jasni, Zaidi Omar, Muhsin Nadzli, Zalela Kadir, Eddy Syamin dan Wawa Azuwar
Watak Pelakon
Ben Amir sebagai Cikgu Mursyid
Rita Nadira sebagai Dhia Kasyrani
Reen Rahim sebagai Kak Long, Zara
Aida Khalida sebagai Nek Zahrah
Wanie Ooi sebagai Sabrina
Jihaa Sham sebagai Farhani
Ferth Jasni sebagai Ustaz Danial
Rahim Jailani sebagai Farhad
Muhsin Nadzli sebagai Faizul
Pengarah Dan Syarikat Produksi
Dengan Shuhaimi Lua sebagai pengarah, drama ini diiringi dengan skrip hasil penulisan Sophilea dan Azilah Wahab. Produksi pula digerakkan oleh Tanah Beris Film Production.
Lagu Tema (OST)
Kredit video: Selalu (From "Dhia Kasyrani")
Tajuk: Selalu
Penyanyi: Ameerais
Komposer: Ezra Kairo, Amir Firdaus, Mas Dewangga, Amir Hassan
Penulis lirik: Ezra Kairo, Amir Firdaus, Amir Hassan
Kredit foto: Instagram Tanah Beris Film Production
Tarikh Dan Waktu Tayangan
Drama 24 episod Dhia Kasyrani akan memulakan tayangannya pada 22 November 2024 di saluran TV3, dengan jadual siaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 petang di slot Akasia.
Bagi peminat digital, episod terkini boleh distrim di aplikasi iQIYI VIP sejam selepas siaran di TV, sementara episod percuma boleh ditonton 48 jam kemudian.
Tajuk cerita? Dhia Kasyrani
Berapa episod? 24 episod
Setiap hari apa? Isnin hingga Jumaat
Bila tayang? Jam 7 malam
Tonton di mana? Saluran TV3 dan platform online, iQIYI
Kredit video: Kena approval kaklong dulu! | Dhia Kasyrani Episode 1 - 2 | iQIYI Malaysia