Oleh pada 22 Jan 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Diterbitkan oleh Zeel Production, drama "Pewaris Cinta" dalam slot Tiara adalah buah tangan terkini Astro Ria untuk penggemar setia mereka.

          

pewaris cinta drama

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

        

Menjalankan watak-watak adalah kumpulan pelakon ulung yang bukan asing lagi dalam seni drama melayu, iaitu Rita Nadira, Fezrul Khan, Fauziah Latiff, Kash Haiqal, Zamarul Hisham, Kartina Aziz, Jabir Meftah dan ramai lagi.

       

Sinopsis

Pewaris Cinta mengisahkan tentang Rosemaria (Kartina Aziz) yang berusaha mencari cucu lelakinya untuk mewarisi empayar syarikat apabila dia dihadapkan dengan kenyataan menghidap kanser tahap empat.

Dengan pengetahuan ahli keluarga tentang rahsia penyakit Rosemaria, dia mendesak mereka agar segera mencari cucu lelakinya sebagai pewaris yang bakal mengambil alih syarikat.

Sehubungan itu, gadis yang berwatak angkuh, Dylea (Rita Nadira) dengan tekad mencari pewaris Rosemaria walaupun tidak mengetahui identiti lelaki tersebut.

Dalam perjalanan pencarian itu, Dylea dipertemukan dengan Zaheem (Fezrul Khan), seorang pemuda desa yang menjalani kehidupan sederhana bersama anak lelakinya, Iman (Kash Haiqal).

Walau bagaimanapun, pertelingkahan sering berlaku antara Dylea dan Zaheem disebabkan oleh persoalan mengenai identiti sebenar Dylea yang mendakwa sebagai ibu saudara kepada Iman.

Walaupun Dylea berusaha mendekati Zaheem dan Iman, Zaheem menolaknya, sehingga suatu hari Dylea telah menyelamatkan Iman yang terkena serangan alergik.

Saat Iman hilang semasa berkelah pula, Dylea tanpa ragu-ragu mencarinya, namun Zaheem telah tersalah anggap lantas mengusir Dylea dari kampung berkenaan.

         

pewaris cinta episod

Kredit foto: Astro Malaysia

        

Dengan hasrat untuk memenangi hati Rosemaria dan merampas harta, mampukah Dylea merampas cucu Rosemaria dari tangan Zaheem?

Pencarian itu juga menjadi medan untuk dendam, kemarahan, ketamakan dan kerasukan dalam jiwa Anita (Fauziah Latiff) yang akhirnya membuka tabir rahsia kelam keluarga Rosemaria.

        

Baca: 10 Fakta Biodata Pelakon Rita Nadira Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 10 Drama Melayu Astro (2024) Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

        

Pelakon / Cast

'Pewaris Cinta' menyatukan Rita Nadira dan Fezrul Khan sebagai pelakon utama, membawakan watak Dylea dan Zaheem.

         

pewaris cinta astro

Slot tayangan Tiara setelah siri "Jangan Lupa Janji" akan disambung dengan drama "Pewaris Cinta". Kredit foto: Instagram Rita Nadira

        

Memainkan watak lain dalam drama rantaian yang bukan adaptasi novel itu adalah Fauziah Latiff, Kash Haiqal, Kartina Aziz, Jabir Meftah, Zamarul Hisham, Bima Samudra, Mas Anizan, Mubarak Majid, Rosnah Johari, Putri Dellyna, Bazly Hanif dan Hanisah Aqilah.

         

Watak Pelakon

Rita Nadira sebagai Dylea

Fezrul Khan sebagai Zaheem

Fauziah Latiff (Gee) sebagai Anita

Kash Haiqal sebagai Iman

Zamarul Hisham sebagai Zahiril

Jabir Meftah sebagai Dhani

Kartina Aziz sebagai Puan Seri Rosemaria

Bima Samudra sebagai Farihin

Mas Anizan sebagai Laila

Mubarak Majid sebagai Adnan

Rosnah Johari sebagai Khadijah

Putri Dellyna sebagai Ivy

Bazly Hanif sebagai Budin

Hanisah Aqilah sebagai Hanim

         

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Mufid Suhaimi dan Nurul Hazrina Mazlan menulis skrip untuk drama ini, manakala Zeel Production Sdn Bhd bertanggungjawab sebagai penerbit. Emi Suffian (Pyan Screw) pula mengarahkan produksi tersebut.

        

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Mencintaimu

        

Tajuk: Mencintaimu

Penyanyi: Fauziah Latiff

Komposer: Sharon Paul

Penulis lirik: Rozi Abdul Razak, Marr Mohamad

         

Waktu Siaran

Drama terkini, 'Pewaris Cinta', akan menyinar dalam slot Tiara di saluran Astro Ria (104), menghiburkan penonton setiap hari Isnin hingga Jumaat, bermula 22 Januari 2024, pada jam 6 petang.

         

sinopsis pewaris cinta

Kredit foto: Instagram Rita Nadira

        

Penstriman drama ini juga akan ada di Astro Go dan Sooka, platform penstriman video tempatan yang dikendalikan oleh Astro.

        

Tajuk cerita? Pewaris Cinta

Berapa episod? 35 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Jumaat

Bila tayang? Pukul 6 petang

Tonton di mana? Astro Ria dan platform online, Astro Go dan Sooka

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)