Oleh pada 18 Jul 2021 kategori

Kredit foto: Facebook Hanna Aqeela

Drama adaptasi novel 'Suara Hati' bakal menemui penonton mulai 19 Julai 2021, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang, secara eksklusif di saluran Astro Prima (105).

Siri slot Tiara ini juga boleh ditonton di aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Berikut dikongsikan 10 fakta menarik mengenai drama bersiri ini.

pelakon suara hati

Kredit foto: Facebook Hanna Aqeela

10 Fakta Menarik Drama Berepisod Suara Hati

1. Penggambaran siri ini yang berlokasikan sekitar Kuala Lumpur mengambil masa dalam lingkungan sebulan untuk dilaksanakan.

sinopsis suara hati

Kredit foto: Facebook Hanna Aqeela

2. Meskipun lama terbabit dalam bidang lakonan, naskhah ini adalah kemunculan pertama Syafiq Kyle dalam siri slot Tiara, Astro Prima.

3. Ia juga merupakan kerjasama kedua antara Hanna Aqeela dan Syafiq Kyle.

drama suara hati

Kredit foto: Facebook Hanna Aqeela

4. Sebagai hero dan heroin pula, ini gandingan sulung mereka berdua.

5. Kerana aktif dalam sukan bola sepak dan futsal, ia tidak menjadi masalah buat Hanna untuk melakonkan sendiri babak-babak yang melibatkan permainan futsal.

6. Daripada pandangan pengarah Emi Suffian (Pyan Screw), keserasian Syafiq dan Hanna mudah dibentuk berikutan mereka berkongsi minat yang sama dalam sukan, selain jarak umur yang tidak jauh beza.

   

suara hati cast

Kredit foto: Facebook Hanna Aqeela

7. Tidak sekadar itu, pasangan ini yang mengambil berat dan memahami antara satu sama lain, melancarkan lagi proses penggambaran.

8. Keharmonian yang tercipta antara mereka sebagai pelakon turut mencipta momen-momen bersahaja yang berjaya dirakamkan dalam babak-babak dilakonkan.

novel suara hati

Kredit foto: Facebook Hanna Aqeela

9. Antara adegan yang akan bakal memberi impak kepada audiens adalah situasi ketika Harris (Syafiq Kyle), Hani (Hanna) dan Naim (Aidil Aziz) bertembung di sebuah kedai kek. Ketiga-tiga mereka hadir dengan reaksi yang berbeza sehinggakan memberi kesan yang mendalam kepada pengarah.

10. Babak paling mencabar pula ketika penggambaran di gelanggang futsal yang menyaksikan kehadiran ramai pengunjung, hingga keadaan menjadi tidak terkawal. Mujur Syafiq dan Hanna handal dalam futsal, maka rakaman lakonan dapat diselesaikan dengan cepat.

suara hati episod

Kredit foto: Facebook Hanna Aqeela

Gandingan Pelakon Popular, Episod 1 Isnin Ini

Memulakan siaran pada Isnin, 'Suara Hati' turut menampilkan lakonan Zera Hariz, Afzan A Rahman, Jabir Meftah (Hero Remaja 2020), Syahir Shafein, Qistina Khaled, Liza Rafar dan ramai lagi.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Suara Hati (Slot Tiara Astro)

suara hati sinopsis

suara hati drama

Kredit foto: Facebook Hanna Aqeela

Kredit video: [TAYANGAN PERDANA] - SUARA HATI EPISOD 1 BERMULA 19 JULAI 2021

Sumber:

1. Sinopsis Drama SUARA HATI Gandingan Pertama Syafiq Kyle & Hanna Aqeela

2. Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)