Kredit foto: Instagram @hannaqeela

Biodata

1. Nama penuhnya, Hanna Aqeela binti Mohd. Rosni

2. Lahir pada 27 Februari 1990 di Kuala Lumpur, Malaysia.

3. Berusia 29 tahun.

4. Anak sulung daripada empat adik-beradik.

5. Berkelulusan Ijazah dalam bidang Sains Pemakanan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

6. Mula bergiat dalam dunia seni sejak tahun 2013.

7. Bergelar pelakon dan model.

8. Memulakan karier sebagai model iklan televisyen, antaranya untuk produk Safi, Salonpas, Joy dan Lifebuoy.

9. Membintangi filem Dubai My Love di bawah arahan Aidilfitri Mohd Yunos pada 2017 dan Operasi X (arahan Sandosh Kesavan) pada 2018.

10. Penampilannya di kaca televisyen, menerusi drama Bila Hati Berbicara, Lara Ameena, Suami Sebelah Rumah, Dawai Asmara, Mr Tanda Soal, Love You Mr. Arang, PU Wid, Bilo Nogori Jupo Klate, Kelip-Kelip Di Kota London, Terbaik Dariku, Sesegar Nailofar, Patah Sayap Bertongkat Paruh dan 30 Pesanan Suara.

11. Juga telefilem Aku Bukan Buaya, Syah Syahdu, Syukur Syawal, Dendam Yang Tertangguh dan Azam.

Foto

biodata hanna aqeela pelakon drama 30 pesanan suara 2

biodata hanna aqeela pelakon drama 30 pesanan suara 3

biodata hanna aqeela pelakon drama 30 pesanan suara 4

biodata hanna aqeela pelakon drama 30 pesanan suara 5

biodata hanna aqeela pelakon drama 30 pesanan suara 6

biodata hanna aqeela pelakon drama 30 pesanan suara 7

Kredit foto: Instagram @hannaqeela

          

Info Drama 30 Pesanan Suara

  • Arahan sutradara Pali Yahya.
  • Hasil tulisan Nieza Nahar.
  • Bergenre cinta, drama, konflik dan kekeluargaan.
  • Dibintangi pelakon Hannah Delisha, Shukri Yahaya, Saharul Ridzwan, Ain Edruce, Izzue Islam, Ruzana Ibrahim, Hanna Aqeela, Erwin Dawson, Riz Amin, Isaac Iman, Zarina Zainuddin, Farisha Irwayu dan Azhar Amir.
  • Lagu Bisa Aja nyanyian Faizal Tahir dipilih sebagai lagu pembukaan.
  • Bersiaran sepanjang Ramadhan, bermula 6 Mei 2019, setiap Isnin hingga Ahad, jam 7 petang di saluran TV3 - menerusi slot Akasia.
  • Terbitan syarikat produksi, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.

        

Sumber:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. Utusan




Hakcipta iluminasi.com (2017)