Oleh pada 17 Dec 2021 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Anugerah Drama Sangat (ADS) 2021 yang dianjurkan buat julung kalinya, merupakan sebuah acara penghargaan kepada warga produksi yang menjadi penyedia kandungan kreatif drama tempatan di Malaysia.

Platform ini turut menjadi ruang buat para peminat drama untuk mengangkat pengkarya seni dan hasil kerja yang berjaya menambat hati mereka yang digelarkan 'kaki drama' ini.

anugerah drama sangat 2021

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Drama Tercalon

Drama-drama yang layak tercalon dalam ADS 2021 adalah drama yang disajikan antara bulan Januari 2020 hingga Jun 2021.

Antara drama-drama yang berada dalam senarai ialah 7 Hari Mencintaiku 2 (SR One Sdn Bhd), Takdir Yang Tertulis (Radius One Sdn Bhd), Budak Tebing (Country & Universal Sdn Bhd), Sabarlah Duhai Hati (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd), Hati Yang Tersakiti (Art Ornament Sdn Bhd), Kampung People 2 (KL Motion Pictures Company Sdn Bhd), Tak Sempurna Mencintaimu (Zeel Production Sdn Bhd), Bidadari Salju (Primeworks Studios & A. Aida Production Sdn Bhd), Melastik Ke Hatimu (OrangeTree Production Sdn Bhd) dan Pink Smile (Creative Skill Solution Sdn Bhd).

Senarai Kategori Dan Format Penjurian

Sebanyak 11 buah trofi kategori untuk direbut yang mana dua kategori utama yang paling mendapat tumpuan ialah Drama Popular dan Drama Terbaik.

Kategori Drama Popular menggunakan format penjurian undian 100 peratus daripada penonton, manakala Drama Terbaik pula hasil undian 100 peratus daripada juri profesional.

Bagi kategori-kategori yang menggunakan kaedah undian online, undian telahpun dibuka pada 3 Oktober 2021 sehingga 20 November 2021.

Pengundi dibenarkan untuk mengundi sebanyak 10 kali sehari bagi setiap alat peranti.

Berikut adalah senarai penuh nama trofi kategori ADS 2021 bersama dengan format penjuriannya:-

1. Drama Terbaik (undian juri 100%)

2. Drama Popular (undian online 100%)

3. Pengarah Terbaik (undian juri 100%)

4. Penulis Skrip Terbaik (undian juri 100%)

5. Pelakon Lelaki Terbaik (undian juri 60% / undian online 40%)

6. Pelakon Wanita Terbaik (undian juri 60% / undian online 40%)

7. Pelakon Antagonis Terbaik (undian juri 60% / undian online 40%)

8. Pasangan Drama Terbaik (undian online 100%)

9. OST Terbaik (undian online 100%)

10.Drama Adaptasi Novel Terbaik (undian online 100%)

11. Babak Tular Drama Terbaik (undian online 100%)

drama sangat

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pengacara

Pentas utama malam anugerah dihidupkan dengan kemunculan gandingan dua pengacara hebat yang juga aktres, Nabila Huda dan Ain Edruce.

Penyampai Trofi

Barisan pelakon gabungan daripada nama-nama terbaik dan popular diberi penghormatan untuk menyampaikan trofi kepada para pemenang.

Mereka yang akan menggalas tangggungjawab ini ialah Fauziah Ahmad Daud (Ogy), Jalil Hamid, Erra Fazira, Datuk Aaron Aziz, Azhan Rani, Zul Ariffin, Izzue Islam, Hisham Hamid, Redza Rosli, Fify Azmi, Scha Elinnea, Nabila Razali dan Sharifah Rose.

Persembahan

Segmen persembahan pentas dihiasi dengan kehadiran barisan penyanyi lagenda ternama termasuk artis 'BBNU' muda iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Noraniza Idris, Cat Farish, Khai Bahar, Stacy, MK K Clique, Noki K Clique, Sarah Suhairi, Ismail Izzani, Ariff Bahran dan Cassia.

Baca: Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Drama Sangat (ADS) 2021

Baca: Keputusan Markah Juara, Pemenang Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Akhir

Baca: Senarai Calon Top 5 Anugerah Meletop Era (AME) 2021

Baca: Info Penuh Dan Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia FFM 31 2021

Baca: Biodata Penyanyi Ariff Bahran

Lagu Tema

Kredit video: Stacy, Ismail Izzani, Noki - Drama Sangat (Official Music Video)

Tajuk: Drama Sangat

Penyanyi: Stacy, Ismail Izzani, Noki K Clique

Produser: Shazee Ishak, Audi Mok

Penulis lirik: Shazee Ishak, Audi Mok

anugerah drama sangat 2020

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Penaja

Penganjuran ADS 2021 direalisasikan oleh syarikat perkhidmatan penghantaran makanan, foodpanda yang bertindak selaku penaja.

pemenang anugerah drama sangat

Kredit foto: Instagram Melodi TV3 Official

Waktu Siaran

Saksikan Anugerah Drama Sangat 2021 yang bakal dibawakan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di saluran TV3 pada 18 Disember 2021 (Sabtu), pukul 9 Malam.

Tonton secara strim di platform tonton dan YouTube TV3 (@TV3MALAYSIAOFFICIAL) pada waktu tayangan yang sama.

Bagi menghangatkan penganjuran ADS 2021, sesi santai menerusi ‘IG Live’ Ada Apa Belakang Skrin turut dibuat dengan penglibatan bersama penerbit, pengarah, penulis skrip dan pelakon.

Tidak ketinggalan, saluran YouTube TV3 Malaysia berkongsi beberapa babak drama yang viral menerusi lakonan semula dalam bentuk parodi melalui paparan sebanyak empat episod.

Antara drama yang dimasukkan dalam Parodi Drama Dalam Drama ini ialah Kampung People 2, Takdir Yang Tertulis, 7 Hari Mencintaku 2 dan Adellea Sofea.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Kredit video: [LIVE] Anugerah Drama Sangat 2021

Sumber:

1. Kehangatan Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS 2021) Semakin Terasa!

2. Instagram Drama Sangat




Hakcipta iluminasi.com (2017)