Oleh pada 11 Oct 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

  

Drama adaptasi novel berjudul "Roti Cicah Susu" karya Liza Nur akan disiarkan mulai 10 Oktober 2022, jam 11 malam di saluran Astro Ria yang menampilkan lakonan Syazuwan Hassan, Haneesya Hanee, Fad Anuar, Farahdhiya dan Dato Fizz Fairuz.

  

drama roti cicah susu

Kredit foto: Instagram Haneesya Hanee

  

Sinopsis Drama Adaptasi Novel Roti Cicah Susu

Empat anak yatim piatu iaitu Umaira (Mai), Elmiyya (Elmy), Arissa (Aris) dan Aiman ​​​​(Ayim) terpisah apabila berlaku sesuatu di Teratak Markissa, tempat mereka dibesarkan menyebabkan rumah kebajikan itu musnah dan ditutup, angkara Geng Tengkorak.

Mai terpaksa hidup dengan pendera. Ayim pula diserahkan kepada Haidar, konco kanan Geng Terkorak. Walaupun seorang penjenayah, Ayim membenci keganasan dan kekejaman Haidar. Hobinya membaca novel percintaan karya Widad Qameela.

Pertemuan Widad dan Ayim dalam penerbangan ke Malaysia membawa kejutan. Widad rupanya Mai, budak hingusan yang pernah bergerak seperti kembar siam dengannya dahulu.

Mai mula teringat dan merindui keluarga Teratak Markissa. Bagaimana dengan rakan lama mereka yang lain?

Selepas 15 tahun, mereka bersatu semula dan cuba mencari jawapan tentang apa yang pernah berlaku, mendedahkan banyak rahsia yang tidak sepatutnya diketahui.

  

Baca: Info Dan Sinopsis Drama One Cent Thief (Astro), Inspirasi Kisah Aman Shah Ahmad?

  

roti cicah susu episod

Kredit foto: Instagram Fad Anuar

  

Pelakon / Cast

Drama taruhan baharu JS Pictures Sdn Bhd ini membawa bersama nama-nama terkenal dalam industri lakonan tempatan sebagai peneraju watak iaitu Syazuwan Hassan, Haneesya Hanee, Fad Anuar, Farahdhiya, Dato Fizz Fairuz, Safwan Nazri, Afifah Nasir, Hazeeq Dean, Jasper Supayah, Kamal Bakar, Riezman Khuzaimi, Aida Aris, Sharifah Shahora, Sharifah Fathimah Hawra dan Adrianna Qasmia.

  

Watak Pelakon

Haneesya Hanee sebagai Umaira

Syazuwan Hassan sebagai Emil

Fad Anuar sebagai Dr. Emran Mikhail

Farahdhiya sebagai Arissa

Dato Fizz Fairuz sebagai Iskandar

Safwan Nazri sebagai Lutfi

Afifah Nasir sebagai Hernani

Jasper Supayah sebagai Maryam

Riezman Khuzaimi sebagai Dato Haidar

Aida Aris sebagai Datuk Ratna

Sharifah Shahora sebagai Puan Markissa

Sharifah Fathimah Hawra sebagai Umaira

Adrianna Qasmia sebagai Arissa

  

sinopsis roti cicah susu 579

Kredit foto: Instagram Afifah Nasir

  

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Siri yang diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd, ditulis oleh Ayuni Zamani ini diarahkan oleh Azman Hj Yahya (Jinggo), Sheila Rusly dan Uzair Haqimy.

  

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Tak Terganti

Penyanyi: Farahdhiya

Komposer: Farahdhiya

Penulis lirik: Farahdhiya

  

pelakon roti cicah susu

Episod 1 Roti Cicah Susu menemui penonton pada 10 Oktober 2022 menggantikan siri Bukan Pi Mai Pi Mai. Kredit foto: Instagram Safwan Nazri

  

Waktu Siaran

Disiarkan oleh Astro Ria, Roti Cicah Susu ditayang mulai 10 Oktober 2022 pukul 11 malam setiap hari Isnin hingga Khamis.

Siri ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

  




Hakcipta iluminasi.com (2017)