Kredit foto: Instagram Syerinie Myra

    

Syerinie Myra merupakan pelakon baharu yang bakal menunjangi naskhah drama Dia Yang Ku Cinta di slot Samarinda TV3, bermula hujung November ini.

Syerinie digandingkan dengan aktor berpengalaman, Sharnaaz Ahmad dan Luqman Hafidz, selain dibantu barisan pelakon seperti Riena Diana, Afieq Shazwan, Catriona Ross, Shah Rezza, Watie Sadali dan ramai lagi.

Berikut dikongsikan biodata Syerinie yang baru sahaja menamatkan pengajian persekolahannya pada hujung  tahun lalu.

    

Biodata

1. Menggunakan Syerinie Myra sebagai nama komersial, walaupun lebih selesa disapa Myra.

2. Berasal dari Sabah.

3. Berusia 18 tahun (2019).

4. Merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik.

5. Bergiat dalam dunia hiburan sebagai pelakon dan model .

6. Antara drama dibintanginya seperti Ti Amo Sweetheart 100 Hari, Semusim Rindu, Hantu Punya Bos dan Sedingin Cinta Antasya.

   

Fakta Menarik

  • Sudah empat tahun mengabdikan diri sebagai insan seni.
  • Memulakan karier seni sewaktu masih menuntut di tingkatan tiga, selepas 'dilamar' penerbit David Teo untuk menghadiri sebuah ujibakat produksi.
  • Bergelar model iklan sebelum terjun ke bidang lakonan.
  • Menyifatkan ibunya sebagai penyokong kuat kerjaya seninya, selain daripada rakan-rakan rapat.
  • Menganggap usaha membahagikan masa antara persekolahan dan kerjaya sebagai cabaran terhebat. Beliau mengambil kelas tambahan, selain mengulangkaji pelajaran pada waktu malam supaya tidak terlepas pembelajaran yang diikuti.
  • Kenangan manisnya sebagai pelakon ialah dapat bergandingan dengan Datuk Awie yang disifatkan sebagai nama besar dalam dunia seni, selain teruja bekerjasama dengan pelakon berbakat, Syukri Yahya.
  • Pengalaman pahitnya ialah ketika berada di bawah pihak pengurusan yang tidak sistematik, lantas memberi impak buruk terhadap kariernya yang baru bermula.

   

Foto

syerinie myra

umur syerinie myra

instagram syerinie myra

wikipedia syerinie myra

drama dia yang ku cinta

sinopsis dia yang ku cinta

novel dia yang ku cinta

pelakon dia yang ku cinta

Kredit foto: Instagram Syerinie Myra

   

Sumber:

1. Tak Abai Pelajaran Walaupun Bergelar Pelakon, Syerinie Myra Ambil Kelas Tambahan

2. Instagram Syerinie Myra

3. Wikipedia Drama Dia Yang Ku Cinta

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)