Kredit foto: Instagram Asyraf Rozami

      

Asyraf Rozami merupakan instafamous popular yang juga bekas pemenang Digital Star ERA KDU 2018 iaitu sebuah pertandingan bakat untuk mencari pengacara digital dan wajah ERA yang baharu.

Kini namanya saban hari semakin dikenali termasuk gosip hubungan cintanya dengan penyanyi Bibi Qairina yang hangat diperkatakan umum.

    

Biodata

1. Nama sebenarnya, Mohamad Asyraf Rozami. Menggunakan nama komersial, Mohamad Asyraf Rozami.

2. Berumur 20 tahun (2020).

3. Mula aktif dalam bidang penghasilan video sejak tahun 2015.

4. Bakatnya dicungkil daripada pertandingan Digital Star ERA KDU 2018 yang menobatkannya sebagai juara.

5. Saluran Youtubenya sudah mencapai hampir 400,000 subscribers. Manakala laman sosial Instagramnya atas nama @asyrafrozami sudah mengumpul lebih 795,000 pengikut.

     

Fakta Menarik

  • Pernah menuntut di Politeknik Ibrahim Sultan walaupun hanya dalam tempoh sekitar dua bulan.
  • Menjuarai pertandingan Digital Star ERA KDU pada 2018 yang melayakkannya memenangi wang tunai berjumlah RM5,000 dan peluang menjadi sebahagian daripada keluarga ERAvengers.
  • Mula menghasilkan video dengan youtuber Syamim sejak tahun 2017.
  • Digosipkan bercinta dengan instafamous, Bibi Qairina.
  • Mengakui dirinya seorang yang kurang berkeyakinan diri meskipun kelihatan sebaliknya di hadapan khalayak.
  • Dikenali dengan trademarknya 'woi' yang sering dilontarkan ketika berkomunikasi.
  • Menggemari warna hitam, putih dan biru.
  • Ingin diingati sebagai seorang 'content creator' yang memberi inspirasi kepada masyarakat.

    

Baca: Bibi Qairina Bercinta Dengan Asyraf Rozami?

Baca: Foto Asyraf Rozami Sewaktu Kecil Yang Ramai Tak Tahu!

    

Foto

asyraf rozami

umur asyraf rozami

asyraf rozami age

asyraf rozami wikipedia

bibi qairina

asyraf rozami profile

asyraf rozami ig

Kredit foto: Instagram Asyraf Rozami

    

Video

Kredit video: QNA- Aku berhenti belajar ? Dulu aku study mana? Kenapa ada 'WOI" setiap video?

   

Sumber:

1. Asyraf Rozami Rangkul Gelaran Digital Star ERA KDU

2. QNA- Aku berhenti belajar ? Dulu aku study mana? Kenapa ada 'WOI" setiap video?

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)