Oleh pada 01 Oct 2021 kategori

Kredit foto: Instagram iQiyi Malaysia

Gerak Khas Undercover merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 yang membawakan konsep kepolisan daripada jenama drama 'Gerak Khas'.

Versi 'spin off' yang diberikan nafas baharu ini dijayakan oleh barisan pelakon handalan yang terdiri daripada Datuk Rosyam Nor, Erra Fazira, Dato Aaron Aziz, Elizabeth Tan, Dato AC Mizal dan Raja Afiq.

Episod 1 menemui penonton bermula 1 Oktober 2021 di saluran TV3.

gerak khas undercover 2021

Kredit foto: Instagram iQiyi Malaysia

Sinopsis

Antara hidup dan mati - pasukan Gerak Khas Undercover terus gigih menggempur!

Mengangkat kisah anggota Gerak Khas: Undercover yang menjalankan tugas risikan dan penyamaran dalam misi menyelesaikan kes-kes semasa yang berlainan dalam setiap episod.

   

Tony Bono (Rosyam Nor) merupakan seorang ketua gengster yang menjadi buruan DSP Jeslina (Erra Fazira) dan ASP Salina (Salina Saibi) dalam usaha menumpaskan sindiket kepunyaannya.

Selepas digesa pihak atasan untuk menangkap Tony dalam tempoh tiga bulan, DSP Jeslina yang dilanda krisis dalaman undercover, bertindak memasukkan beberapa anggota baru dalam pasukannya iaitu ASP Zaki (Dato’ Aaron Aziz), Inspektor Elly (Elizabeth Tan) dan Inspektor Rita (Ruzana Ibrahim).

Wartawan 999, Alia (Khalida Balqis) antara yang tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan liputan sensasi tentang kes yang menggegarkan Malaysia itu.

   

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Gerak Khas The Finale (TV3) 2020

gerak khas

Kredit foto: Instagram iQiyi Malaysia

Pelakon / Cast

Selain dibintangi barisan pelakon asal seperti Erra Fazira, Salina Saibi, Dato AC Mizal, Farid Amirul dan C. Kumaresan, siri ini turut mengetengahkan muka-muka baharu iaitu Datuk Rosyam Nor, Elizabeth Tan, Datuk Aaron Aziz, Raja Afiq, Datuk Seri Eizlan Yusof, Ruzana Ibrahim, Khalida Balqis dan Kenji Sawahi.

Baca: Biodata Erra Fazira

Baca: Biodata Rosyam Nor

Baca: Biodata Elizabeth Tan

Baca: Biodata Aaron Aziz

Baca: Biodata Raja Afiq

Baca: Biodata Eizlan Yusof

Watak Pelakon

Rosyam Nor sebagai Tony Bono

Erra Fazira sebagai DSP Jeslina

Aaron Aziz sebagai ASP Zaki

Elizabeth Tan sebagai Inspektor Elly

Raja Afiq sebagai Malik

Salina Saibi sebagai ASP Salina

Ruzana Ibrahim sebagai Inspektor Rita

Khalida Balqis sebagai Alia

gerak khas undercover tv3

Kredit foto: Instagram iQiyi Malaysia

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Idea asal daripada Syafiq Yusof yang diarahkan olehnya sendiri bersama C. Kumaresan, Faizal Yusof, Iskandar Kamaludin dan M.S Hakim.

Diterbitkan produksi Skop Productions Sdn Bhd.

Lagu Tema (OST)

Tajuk: GK Undercover

Penyanyi: Syamsul Yusof

    

pelakon gerak khas 816

Kredit foto: Instagram iQiyi Malaysia

Waktu Siaran

Tayangan saluran TV3 mulai 1 Oktober 2021 pada setiap hari Jumaat, jam 10.30 malam untuk siaran selama 30 episod.

Episod penuh juga boleh ditonton di platform penstriman iQiyi pada setiap hari Jumaat, jam 11.30 malam atau strim terus di pautan Tonton.my.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

   

Kredit video: GERAK KHAS UNDERCOVER Official Drama Teaser 2021 Starring Erra Fazira , Dato Aaron Aziz

Sumber:

1. ‘Antara Hidup & Mati!’ – Gerak Khas Kini Kembali Di TV3, Tampil Pelakon Popular Seperti Rosyam Nor, Aaron Aziz & Elizabeth Tan

2. 'Buru Tony Bono'

3. Drama Sangat




Hakcipta iluminasi.com (2017)