Oleh pada 24 Jun 2022 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Gerak Khas Undercover adalah siri televisyen bercorak kepolisan berkaitan sebuah pasukan pegawai polis yang menyiasat dan menyelesaikan kes jenayah yang sering berlaku di negara ini.

TV3 kembali menyiarkan wajah baharu Gerak Khas yang padat dengan aksi pertarungan ini dalam naskhah musim keduanya, iaitu Gerak Khas Undercover Musim 2 bermula 24 Jun 2022, setiap hari Jumaat jam 10:30 malam di saluran TV3.

gerak khas undercover musim 2

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis

Gerak Khas Undercover kembali memperjuangkan keadilan menerusi tugasan risikan dan penyamaran.

Siri ini mengikuti anggota pegawai undercover ketika mereka memerangi kejadian jenayah dan cuba mendedahkan satu persatu sindiket di dalam bandar yang tak pernah melelapkan mata.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Gerak Khas Undercover Musim 1 (TV3) 2021

gerak khas undercover 2

Kredit foto: Instagram Salina Saibi

Pelakon / Cast

Menemukan gandingan pelakon berkaliber tanah air antaranya Erra Fazira, Datuk Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Datuk AC Mizal.

Gerak Khas Undercover 2 juga mempersembahkan gandingan mantap barisan pelakon muka hebat seperti Elizabeth Tan, Raja Afiq, Ruzana Ibrahim, Salina Saibi, Sheera Iskandar, Farid Amirul dan C. Kumaresan.

Watak Pelakon

Erra Fazira sebagai Jeslina

Datuk Aaron Aziz sebagai Zaki

Elizabeth Tan sebagai Elly

Datuk Seri Eizlan Yusof sebagai Zamri

Raja Afiq sebagai Malek

Salina Saibi sebagai Salina

Ruzana Ibrahim sebagai Rita

Sheera Iskandar sebagai Asp Sheera

Farid Amirul sebagai Lim

C. Kumaresan sebagai Kumar

gerak khas undercover 2022

Kredit foto: Instagram Salina Saibi

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Drama terbitan syarikat produksi Skop Productions Sdn Bhd ini diterajui dan mendapat sentuhan sutradara Faizal Yusof, suatu nama yang tidak asing lagi dalam pengarahan jenama Gerak Khas.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: SYAMSUL YUSOF - GK UNDERCOVER ( OST GERAK KHAS UNDERCOVER)

Tajuk: GK Undercover

Penyanyi: Syamsul Yusof

Komposer: Syamsul Yusof

Penulis lirik: Syamsul Yusof

gerak khas 483

Kredit foto: Instagram Salina Saibi

Waktu Siaran

Menghangatkan layar kaca televisyen menerusi tayangan pada setiap hari Jumaat, pukul 10.30 malam bermula 24 Jun 2022, eksklusif hanya di TV3.

Strim online di perkhidmatan penstriman iQIYI sejam selepas siaran di kaca TV - bagi pengguna VIP Ekspres. Atau tonton percuma di platform sama pada 7 hari kemudian.

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Mat Kilau (2022)

Kredit video: Trailer Gerak Khas Undercover Season 2 - Episod 1 Pada 24 Jun 2022




Hakcipta iluminasi.com (2017)