hh

Oleh pada 24 Jul 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

        

Slot Samarinda akan diisi dengan drama SeOfis sebagai pengganti kepada siri Nur.

        

seofis episode

Kredit foto: Instagram Tonton MY

        

Siti Saleha, Nadiya Nisaa dan Nadia Aqilah memegang peranan utama dalam drama ini, yang turut dihidupkan oleh kehadiran pelakon-pelakon tersohor seperti Fahrin Ahmad, Hafizul Kamal, Josiah Hogan, Malia Baby dan ramai lagi.

        

seofis drama

Kredit foto: Instagram Tonton MY

        

Drama ini mengisahkan tentang tiga wanita berkerjaya dengan impian besar, terpaksa mengharungi cabaran hidup dan konflik persahabatan di ibu kota, sambil bersatu untuk menentang musuh yang mengancam kejayaan mereka.

        

Sinopsis

Di tengah hiruk-pikuk ibu kota, tiga wanita berkarisma dengan impian besar bertemu di sebuah pejabat kecil yang dipenuhi cita-cita dan harapan. Samirah atau Sam (Siti Saleha), seorang pereka hiasan dalaman yang bermotivasi tinggi untuk tersenarai dalam Forbes 40 Under 40, memulakan langkah berani dengan menyewa ruang kerja bersama dua wanita lain yang bersemangat besar.

Liyana atau Yana (Nadia Aqilah), ejen hartanah berpengalaman yang sentiasa mengikut arus trend terkini dan Muhaini atau Aini (Nadiya Nisaa), usahawan muda yang baru sahaja memulakan perniagaan menjual perabot buatan tangan ayahnya, mendapati diri mereka terikat dalam satu jalinan persahabatan yang tidak disangka.

Pertemuan tiga personaliti yang berlainan ini memulakan perjalanan penuh liku. Sam yang lantang dan tegas, Aini yang lembut dan mudah terpengaruh serta Yana yang sentiasa waspada dan skeptikal. Mereka sering berhadapan dengan pelbagai kerenah klien dan cabaran profesional yang tidak diduga. Namun, setiap hari adalah peluang baru untuk mereka merealisasikan impian masing-masing.

Sam ingin diiktiraf dalam dunia hiasan dalaman dan memenangi anugerah berprestij. Aini mencari cinta sejati yang setanding dengan figura ayahnya yang penuh inspirasi. Manakala Yana nekad mahu mencapai sasaran simpanan sebelum bersara, demi mengejar impian lama menjadi seorang penyanyi terkenal.

Konflik mula memuncak apabila Sam, dalam usahanya mengejar kejayaan, ‘mencuri’ pelanggan Yana dan membuat janji besar yang menyebabkan masalah kepada Aini. Ketegangan ini menguji keutuhan persahabatan mereka. Namun, mereka akhirnya menemui titik persamaan - musuh yang sama.

Faris (Fahrin Ahmad), seorang arkitek sombong dan manipulatif, menjadi ancaman mereka. Kesombongan Faris yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kejayaannya sendiri mencetuskan idea mereka bertiga untuk bersatu. Gabungan tenaga dan kebijaksanaan Sam, Yana dan Aini menjadi senjata ampuh untuk menjatuhkan Faris.

Namun, adakah ini bermakna persahabatan mereka akan kekal utuh? Atau adakah kehadiran Faris bakal membawa ketegangan dalam soal cinta yang tidak dijangka? Mampukah mereka mengharungi dugaan demi mencapai impian dan kebahagiaan sejati?

SeOfis adalah kisah pemerkasaan wanita berkerjaya yang menghadapi dilema usia 30-an dengan penuh keberanian, ketabahan dan semangat persahabatan. Saksikan bagaimana mereka mengharungi dugaan hidup, mengejar cita-cita dan mencari cinta dalam dunia yang penuh halangan.

       

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru Astro Mesti Tonton (2024), Juga Tersedia Online!

         

sinopsis seofis

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

        

Pelakon / Cast

Pelakon Siti Saleha, Nadiya Nisaa dan Nadia Aqilah menjadi tulang belakang utama drama ini, dengan sokongan daripada pelakon-pelakon ternama tanah air seperti Fahrin Ahmad, Hafizul Kamal, Josiah Hogan, Malia Baby, Hafidzuddin Fazil, Anas Ridzuan, Akmal Azwar, Munir Kharuddin, Ikhwan Lein, Ariel Izz, Arianna Yusof dan Syahir Shafie.

       

Watak Pelakon

Siti Saleha sebagai Sam (Samirah)

Nadiya Nisaa sebagai Aini (Muhaini)

Nadia Aqilah sebagai Yana (Liyana)

Fahrin Ahmad sebagai Faris

Hafizul Kamal sebagai Hadi

Josiah Hogan sebagai Arman

Hafidzuddin Fazil sebagai Encik Yusoff

Anas Ridzuan sebagai Dato Sufian

Malia Baby sebagai Natasha

Akmal Azwar sebagai Haikal

Ikhwan Lein sebagai Dato Ashburn

Munir Kharuddin sebagai Shaihan

Syahir Shafie sebagai Norman

Ariel Izz sebagai Abang Jie

Arianna Yusof sebagai Natalia

        

seofis pelakon

SeOfis bukan adaptasi karya novel. Kredit foto: Instagram Drama Sangat

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Di bawah arahan Faizul Jais, drama ini dihasilkan berdasarkan skrip oleh Nadia Khan dan Mamu Vies, diterjemahkan ke layar oleh Parallax Pictures.

        

Lagu Tema (OST)

Kredit video: DE FAM - MULA [OFFICIAL MUSIC VIDEO OST SEOFIS]

         

Tajuk: Mula

Penyanyi: De Fam

Komposer: Shazee Ishak , Audi Mok

Penulis lirik: Shazee Ishak , Audi Mok, Sophia De Fam

       

seofis online

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

        

Tarikh Dan Waktu Tayangan

Tonton, platform penstriman video tempatan yang diterajui oleh Media Prima, menyediakan drama ini sebagai antara kandungan yang ditawarkan bermula 18 Januari 2024.

Menyusul pada 24 Julai 2024, drama Tonton Original Series ini akan ditayangkan di Slot Samarinda TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam.

        

Tajuk cerita? SeOfis

Berapa episod? 12 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Khamis

Bila tayang? Jam 10 malam

Tonton di mana? Saluran TV3 dan platform online, Tonton

        

Kredit video: [HIGHLIGHT] SeOfis (2024): Episode 1 (Ep 1) - Apa Masalah Sam, Aini Dan Yana Ni? | Tonton

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)