Kredit foto: Instagram Niezam Zaidi

    

Niezam Zaidi merupakan antara pelakon drama rantaian terbaharu, Cindai, memegang watak sebagai Haniff.

Dibintangi Ayda Jebat, Syazuwan Hassan, Nazim Othman, Raysha Rizrose dan ramai lagi, drama arahan Azman Haji Yahya atau Jinggo ini menemui penonton menerusi slot Samarinda TV3 mulai 23 Disember 2019.

   

Biodata

1. Nama sebenarnya, Mohd Niezam bin Mohd Zaidi. Menggunakan nama komersial, Niezam Zaidi.

2. Kelahiran Ipoh, Perak pada 26 Oktober 1992. Dibesarkan di Kampung Seri Manjoi.

3. Berumur 27 tahun.

4. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

5. Anak kedua daripada empat orang adik-beradik.

6. Merupakan seorang pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010.

7. Bakatnya dicungkil oleh penerbit filem, David Teo, yang memperkenalkannya sebagai antara muka baharu Metrowealth Pictures seangkatan dengan Wawa Zainal, Shima Anuar, Mikail Andre dan Adibah Yunus.

8. Antara drama dibintanginya seperti Bini-Bini Perkasa, Diandra, Mencintaimu, Ainur Mardhiyah dan Gempur Wira.

9. Termasuk telefilem Misteri Bulan Madu, Last Kopek, Bedah Motor, Menantuku Rock, Saka Zain Jusoh dan banyak lagi.

10. Penglibatannya di layar lebar antaranya menerusi filem Adnan Sempit 3, Longkai, Highland Tower, Jalan Puncak Alam, Mat Moto, Hantu Bungkus Ikat Tepi dan Kawanku Mati Dalam Rumah Sewa.

11. Laman sosial Instagramnya, @niezamzaidi sehingga kini sudah mencecah lebih 310,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Kemunculan pertama di layar kaca menerusi drama Diari Platun, manakala pembabitan sulung di layar perak menerusi filem Budak Pailang yang diterajui Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.
  • Penglibatan beliau di layar perak kebanyakannya menerusi filem-filem keluaran Metrowealth.
  • Meninggalkan Metrowealth pada Mac 2015 kerana ingin meneroka lebih banyak peluang kerja bersama produksi lain.
  • Menerima pencalonan dalam kategori Hero Baru Terhebat di Anugerah Blokbuster ke-2 (2013) menerusi filem Budak Pailang, namun gagal meraih kemenangan.
  • Juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.

   

Foto

niezam zaidi

sinopsis cindai

instagram niezam zaidi

drama cindai

niezam zaidi biodata

niezam zaidi kahwin

Kredit foto: Instagram Niezam Zaidi

   

Sumber:

1. Wikipedia Niezam Zaidi

2. Wikipedia Cindai (Drama)

3. "Niezam tak kejar populariti"

4. Niezam-Zee seri slot Dahlia TV3

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)