Oleh pada 24 Aug 2022 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Drama bersiri mengisi slot Lestary di TV3 bertajuk Cinta Buat Dara (bukan adaptasi novel) bersiaran mulai 24 Ogos ini, setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam.

Siri ini bakal menggandingkan dua pelakon TV terkemuka Syafiq Kyle dan Riena Diana mengikuti tayangan episod akhir Honey-Moon yang melabuhkan tirainya.

   

cinta buat dara episod

Kredit foto: Instagram Shah Shafiq

   

Sinopsis

Membawakan plot cerita tentang Dara (Riena Diana), seorang gadis kota yang dipaksa pulang ke kampung oleh ibunya untuk mengubah sikap bermasalah dan penampilan kasarnya kepada watak yang lebih lembut dan sopan.

Ibu saudaranya, Kak Ros (Rozita Che Wan) yang terkenal di pekan itu sebagai bekas juara ratu kebaya Kuala Selangor diberi peranan untuk mengajar dan melatih tingkah laku Dara.

Di sana, Dara bertemu dengan Hariz (Syafiq Kyle), seorang pemuzik dengan ego tinggi dan sukar mengawal sikapnya.

Hariz yang ingin membantu perniagaan keluarganya terpaksa berkorban dan melupakan seketika cita-cita tingginya itu.

Hubungan Hariz dan Dara mendapat nafas baru apabila mereka menghabiskan masa bekerja di tempat yang sama, kemudian secara diam-diam menyimpan hati sesama sendiri.

Kehadiran Atirah, gadis misteri yang pernah diperkatakan Hariz, tiba-tiba datang menghalang. Adakah Hariz mampu mencuri hati Dara yang dicintainya?

   

sinopsis cinta buat dara

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pelakon / Cast

Menampilkan penampilan pelakon utama Syafiq Kyle dan Riena Diana mengetuai watak sebagai Hariz dan Dara, selain watak sampingan yang dijayakan oleh Sean Lee, Afifah Nasir, Rozita Che Wan, Nik Adam Mika, Adam Shahz, Sera Melissa, Shah Rezza, Sharifah Shahora, Farhan Asri, Zarul Imran, Angeline Tan, Watie Sadali, Wan Nor Azlin, Badrul Muhayat, Henzi Andalas dan Kenji Sawahi.

Watak Pelakon

Riena Diana sebagai Dara

Syafiq Kyle sebagai Hariz

Sean Lee sebagai Jason

Rozita Che Wan sebagai Rose

pelakon cinta buat dara

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sentuhan arahan daripada Ng Ken Kin, diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: YULIA KAMELIA - CINTA BUAT DARA [OFFICIAL MUSIC VIDEO OST "CINTA BUAT DARA"]

Tajuk: Cinta Buat Dara

Penyanyi: Yulia Kamelia

Komposer: Aliff Hassan, Muluk & Hariz

Penulis lirik: Aliff Hassan & Seorang Lelaki

  

cinta buat dara tv3

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Waktu Siaran

Cinta Buat Dara, siri slot Lestary, akan ditayangkan di saluran TV3 pada pukul 9 malam, setiap hari Rabu hingga Sabtu bermula 24 Ogos 2022.

Sebagai tambahan kepada tayangan di skrin TV, setiap episod baharu juga boleh distrim secara online melalui aplikasi IQIYI.

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru TV3 'Best', Mesti Tonton (2021 / 2022) - Juga Tersedia Online!

Kredit video: Nantikan Cinta Buat Dara, Tonton Episod 1 Pada 24 Ogos Ini Di TV3!




Hakcipta iluminasi.com (2017)