Oleh pada 18 Nov 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Drama komedi santai kekeluargaan, Kampung People yang mendapat sambutan hangat peminat drama Melayu sehingga mencipta fenomena, kini kembali untuk musim ketiga yang masih menampilkan pelakon utama asal iaitu Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah.

Saksikan drama bersiri ini yang bakal mengisi slot Lestary di TV3 mulai 18 November 2022.

   

kampung people 3

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis

Disebabkan masih diancam oleh geng Cengkih Manis, Razif (Rashidi Ishak) sekeluarga serta beberapa penduduk kampung yang ditidurkan selama dua tahun akibat wabak Covid-19, dikejutkan dengan identiti baharu, lalu mereka dibawa menetap di perumahan flat di sebuah bandar supaya keselamatan mereka lebih terjamin.

Ingin menyembunyikan kesilapan Pacerat, Agen Shukrinah dan Agen 1 berbohong kepada Laila dengan mengatakan otak Jaafar (Hun Haqeem) terpaksa dipindahkan ke dalam badan Badrul bisu.

Selepas membongkar agenda dua agen Pacerat ini, Razif dan Laila (Riena Diana) sekeluarga merancang strategi untuk mengenakan mereka semula.

Razif turut berdepan masalah dengan penduduk flat di kawasan baharunya. Manakala Laila tidak berputus asa mencari Jaafar kerana kemurungan selepas kehilangan lelaki itu dalam hidupnya.

Pelbagai cabaran dan ujian terpaksa ditempuhi oleh Razif sekeluarga dan orang kampung. Adakah geng Cengkih Manis akan muncul mengancam keselamatan mereka semula?

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kampung People Musim 1 (Slot Lestary TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kampung People Musim 2 (Slot Lestary TV3)

sinopsis kampung people 3

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pelakon / Cast

Pada musim ketiga ini, kehadiran bintang utama asal terus memeriahkan perjalanan siri tersebut; iaitu pelakon, Rashidi Ishak yang membawa watak Razif, Elly Mazlein sebagai Mona, Riena Diana sebagai Laila dan Kamarul Eqifshah sebagai Imran.

Lain-lain aktor yang terlibat dalam menjayakan watak sokongan ialah Aniq Suhair, Hun Haqeem, Syainie Aida, Nabila Razali, Fadlan Hazim, Danish Hazriq, Haidar Hasanudin, Razak Ahmad, Zila Bakarin, Ainina Ahmad B dan Haeriyanto Hassan.

Baca: Biodata Pelakon Riena Diana

Watak Pelakon

Rashidi Ishak sebagai Razif

Elly Mazlein sebagai Mona

Riena Diana sebagai Laila

Kamarul Eqifshah sebagai Imran

Hun Haqeem sebagai Jaafar

Fadlan Hazim sebagai Tuan Suhaimi

Haidar Hasanudin sebagai Ejen 111

Razak Ahmad sebagai Tok Penghulu

Haeriyanto Hassan sebagai Norbik

pelakon kampung people 869

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Diterbitkan oleh KL Motion Pictures, siri ini mendapat sentuhan pengarah Wan Hasliza Wan Zainuddin.

kampung people 3 episod

Episod 1 Kampung People 3 menemui penonton pada 18 November 2022 bagi menggantikan siri Sentuhan Najwa. Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Waktu Siaran

Kesemua 13 buah episod itu boleh diikuti di slot Lestary menerusi saluran TV3, bermula pada 18 November 2022, bersiaran setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9 malam.

Penonton juga boleh strim rancangan ini secara langsung dalam talian (online) di laman Tonton dan on demand di platform Disney+ Hotstar.

Kredit video: Nantikan Kampung People 3 Bermula 18 November Ini!




Hakcipta iluminasi.com (2017)