Kredit foto: Instagram Ali Reza Kavoossi

Siapa Ali Reza (Ali Rezark)? Pemilik nama penuh Ali Reza Kavoossi merupakan seorang pelakon, model dan usahawan Malaysia.

Beliau yang baharu enam tahun bergelar aktor sudah membintangi pelbagai drama dan bakal terbit dalam siri Do You Love Me Captain siaran slot Lestary TV3, lakonan bersama Sharifah Rose, Hazeeq Dean, Syainie Shuhaimi, Daniel Fong, Yasmin Khalid dan Izzendra.

Biodata Ali Reza Kavoossi (Ali Rezark), Pelakon Drama Novel Berepisod, Do You Love Me Captain

Nama sebenar: Ali Reza Kavoossi

Nama komersial: Ali Reza

Umur: 26 tahun (2022)

Tarikh lahir: 25 Jun

Asal: Selangor

Keluarga: Anak bongsu daripada tiga adik beradik

Pendidikan: Jurusan keusahawanan daripada International University of Malaya-Wales

Kerjaya: Pelakon, model dan ahli perniagaan

Instagram (IG): @alirezark

Latar Belakang

1. Berdarah kacukan Melayu dan Iran.

2. Antara drama dan telefilem yang menampilkannya seperti Selamat Datang Cinta, Teratak Cinta, Do You Love Me Captain, Jefri Zain, Tak Sempurna Mencintaimu, Kerana Dia Manusia Biasa, Transit Cinta dan Dua Takdir Cinta.

3. Juga termasuk Sara Sajeeda, Kuali Mentua Lauk Menantu, Mr Grey, Wan Senja, Ayah, Voice Note, Anugerah Cinta Aisyah, Samad Tedung dan beberapa lagi.

4. Kemunculannya di layar perak pula menerusi filem Seandainya Kau Ada terbitan tahun 2021, ditayangkan di saluran Astro First.

Fakta Ali Reza

1. Mula aktif sebagai model iklan sejak tahun 2015 ketika masih menuntut di sebuah kolej.

2. Seawal pembabitan sebagai pelakon pada 2016, beliau pernah menerima watak tambahan berdialog dengan upah sebanyak RM85!

3. Pernah terpalit dengan gosip cinta bersama aktres Fathia Latiff selepas Fathia berkongsi foto mereka berdua tidak lama dahulu. Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Ali.

4. Ibunya, Masni Johari meninggal dunia pada 3 November 2021 selepas enam tahun menghidap penyakit kanser payu dara.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Do You Love Me, Captain? (Slot Lestary TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod 7 Hari Mencintaiku 3 (Slot Akasia TV3)

     

Gambar

ali reza

ali reza kavoossi wikipedia

ali reza kavoossi height

ali reza malaysia

ali reza kavoossi

adik beradik ali reza kavoossi

umur ali reza kavoossi

do you love me captain

drama do you love me captain

ali reza pelakon malaysia

do you love me captain tv3   

Kredit foto: Instagram Ali Reza Kavoossi & Facebook Ali Reza Kv

Video

Kredit video: Review Mercedez CLA 180 Shooting Brake *Barang RARE*

Sumber:

1. Lima tahun menanti tuah

2. "Saya Bukan Kekasih Fathia Latiff" - Ali Reza

3. Instagram Ali Reza Kavoossi




Hakcipta iluminasi.com (2017)