Kredit foto: Instagram @yunarahim

     

Pembabitannya menggalas peranan kecil dalam beberapa drama pendek membawa kepada peluang menjadi antara pelakon pelapis dalam dunia hiburan menerusi peluang membintangi drama-drama popular di layar kaca.

Jom kenali pelakon Yuna Rahim yang namanya kian meniti di bibir netizen selepas membintangi drama adaptasi novel terbaharu, Sweet Dreams arahan Micheal Ang.

     

Biodata

1. Nama penuhnya, Shafiqah Husna binti Abd Rahim.

2. Dikenali sebagai Yuna Rahim.

3. Kelahiran Ayer Hitam, Pulau Pinang, Malaysia pada 26 April 1995.

4. Kini berusia 24 tahun.

5. Merupakan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2017.

6. Kemunculannya di kaca televisyen bermula menerusi siri Oh My English! Level Up, membawa watak Amelia pada 2017.

7. Diikuti telefilem Rasuk dan Kasut (sebagai Zubaidah) pada tahun sama.

8. Pada 2018, dia muncul dalam episod 'Toyol', siri Folklore.

9. Juga pada tahun sama, beliau berganding dengan nama-nama besar seperti Hannah Delisha, Aiman Hakim Ridza dan Nadia Brian, menerusi drama Aku Cinta Dia siaran slot Lestary TV3, membawa watak sebagai Isya di bawah arahan sutradara Bahri Uma.

10. Pada 2019, dia dikenali menerusi siri Ren & Bo arahan Joon Goh membawa peranan 'Allysha', berlakon di sisi Alicia Amin, Fahad Iman, Nelissa Edreena dan Azman Hassan.

11. Paling terkini, Yuna bakal muncul dalam drama rantaian Sweet Dreams yang akan ke udara di slot Megadrama, Astro Ria. Di bawah arahan Michael Ang, kali ini dia bekerjasama dengan beberapa lagi nama terkemuka seperti Mira Filzah, Ben Amir, Sean Lee, Nina Juren, Roy Azman, Yusuf Bahrin, Nazs Sally, PU Azman dan Didi Astillah.

      

Fakta Menarik

  • Berketinggian 1.72 meter.
  • Mula meminati bidang lakonan selepas pengajian di peringkat universiti.
  • Memiliki Diploma Seni Hiburan daripada Universiti Kolej KDU.

     

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Angkara Cinta Yang Ramai Tak Tahu!

   

Foto

biodata yuna rahim pelakon drama sweet dreams 2

biodata yuna rahim pelakon drama sweet dreams 3

biodata yuna rahim pelakon drama sweet dreams 4

biodata yuna rahim pelakon drama sweet dreams 5

biodata yuna rahim pelakon drama sweet dreams 6

biodata yuna rahim pelakon drama sweet dreams 7

biodata yuna rahim pelakon drama sweet dreams 8

Kredit foto: Instagram @yunarahim

     

Video

Kredit video: Youtube Mstar Online Malaysia

     

Sumber:

1. Wikipedia

2. Mstar

3. imdb

4. Youtube BamBam Studios




Hakcipta iluminasi.com (2017)