Kredit foto: Instagram @luqmanhafidzx

    

Pelakon Luqman Hafidz memulakan karier seninya menerusi kemunculan di layar perak dalam filem Ola Bola.

Memegang watak sebagai Ali dalam karya berkonsepkan drama sukan Malaysia itu, kelibat Luqman kemudiannya semakin aktif menjayakan pelbagai drama mahupun telefilem, selain turut mencuba nasib dalam cabang seni sebagai pengacara.

Berikut kami kongsikan biodata aktor ini yang kini sedang meledak menerusi drama adaptasi novel terbaharu, Tuan Danial.

    

Biodata

1. Pemilik nama penuh Muhd Luqman Hafidz bin Mohd Fauzi. Dikenali dengan nama komersialnya, Luqman Hafidz.

2. Kelahiran Ampang, Selangor pada 14 April 1991. Kini berusia 28 tahun.

3. Berketinggian 179 sentimeter.

4. Anak sulung daripada empat orang adik-beradik.

5. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

6. Merupakan pelakon dan pengacara yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2016.

7. Antara drama dibintanginya seperti Mr Tanda Soal, Sayang Papa Saya Tak, Megat Extend, Perempuan Paling Bahagia, Jangan Benci Cintaku, Selafaz Cinta, Ajari Playboy Itu, KL Gangster: Underworld 2, Dia Yang Ku Cinta, Tuan Danial dan banyak lagi.

8. Termasuk telefilem Sabotaj, Alien Janda Baik, Hisyam Dan 3 Hantutiyers, Koma Raya, Nurseri Sado, Roni World Cup, Arafah, Bayang, 30 Hari Membunuh Cinta, Lelaki Kelas Sebelah dan 14 Hari.

9. Pembabitannya di layar lebar menerusi filem Ola Bola dan Busker. Tidak ketinggalan beliau turut terlibat dalam pementasan teater, Ola Bola The Musical.

10. Dalam bidang pengacaraan, Luqman pernah menghoskan program televisyen Rentak Juara, Selera Bajet dan Hadis.

    

Fakta Menarik

  • Gemar bermain sukan bola sepak.
  • Menjadikan bintang Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan sebagai inspirasi.

    

Foto

luqman hafidz tinggi

latar belakang pelakon luqman hafidz

luqman hafidz drama

luqman hafidz tuan danial

biodata pelakon tuan danial

Kredit foto: Instagram @luqmanhafidzx

     

Video

Kredit video: Youtube Mstar Online Malaysia

    

Sumber:

1. Wikipedia

2. Utusan

3. BH Online

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)