Biodata

1. Pemilik nama penuh Muhd Ashraf bin Muslim.

2. Lahir pada 12 September 1981 di Teluk Mas, Melaka, Malaysia. Kini berusia 38 tahun (2019).

3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

4. Anak sulung daripada tujuh beradik.

5. Berkelulusan diploma dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan di Kuala Lumpur Infrastructure University College.

6. Merupakan pelakon dan pengacara.

7. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2006.

8. Berketinggian 1.8 meter.

9. Mendirikan rumah tangga dengan Noor Dayana Lokman pada 2011 dan Wan Sakinah Wan Saburi pada 2013. Hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama dan keduanya itu, beliau dikurniakan dua orang anak perempuan dan dua anak lelaki.

10. Pernah membintangi filem Aku Masih Dara, Bukan Cinta Malaikat dan XX-Ray 3. Akan datang bakal muncul dalam filem Musyrik dan Ada Apa Dengan Dosa.

11. Juga drama Impian Illyana, Manjalara, Impak Maksima The Series, Puaka Niyang Rapik, Renjis Musim 2, Mr Boss Miss Stalker, Biar Aku Jadi Penunggu, Cinta Hati Batu, Mencari Qiblat, Dia Menantu Rahsia dan banyak lagi.

12. Termasuk telefilem Jangan Lupa, Surat Untuk Dia, Mr. Istikharah, Gerimis Hati Asyikin, Gelap Yang Terang, Mahram, Kampung Kuala Lambat dan Ini Harta Bedu Punya.

13. Pembabitannya dalam teater pula menerusi Pementasan Muzikal Patung Kertas 08, Muzikal Patriot dan Muzikal Randai Cindua Mato.

14. Pemegang trofi Pelakon Lelaki Terbaik Telenovela di Anugerah Telenovela 2017. Juga tercalon dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30, termasuk kategori Pasangan Serasi Drama (bersama Janna Nick) di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

Foto

biodata ashraf muslim pelakon drama dia menantu rahsia 2

biodata ashraf muslim pelakon drama dia menantu rahsia 3

biodata ashraf muslim pelakon drama dia menantu rahsia 4

biodata ashraf muslim pelakon drama dia menantu rahsia 5

biodata ashraf muslim pelakon drama dia menantu rahsia 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. Karangkraf

4. Instagram Ashraf Muslim

5. Youtube Astro Awani




Hakcipta iluminasi.com (2017)